Monday, April 9, 2012

SDB March 2012 - Round 1

Actually Sepang Drag Battle ni last week, 31 Mac aritu. Lambat sikit update. Bz! Hehehee ;) Macam biasa, kalau dah ke Sepang tu namanya ikot encik suami dan crew-crew NSL Garage laa kan. Kami gerak pukul 8 malam macam tu. Sampai kat Sepang. Just me, little princess & encik suami duduk dekat Pitstop. Kawan-kawan yang lain duduk kat Grandstand. Hhhuuu bleh tahan jugak harga tiket kat Pitstop kann. Little princess tak dikira. Me & encik suami jer tiket RM100 + parking RM5. Padan laa kawan-kawan yang lain duduk kat Grandstand kann! ;p Encik suami nak ke Pitstop sebab nak jumpa kawan dia, Mat Ben dan nak tengok kereta rakan-rakan dragger dia yang main malam tuu :)

OK. Gambar atas ni la dia kawan encik suami, Mat Ben :) Satria kat belakang tu laa yang akan Mat Ben pertaruhkan. Hehehee ;p Dan yang kat bawah ni Fadhil, selaku Jokey Satria tuu :)

Kereta Satria yang Mat Ben pertaruhkan dalam category open ;)

Dah jumpa Mat Ben & Fadhil, encik suami nak jalan-jalan carik rakan-rakan dragger yang lain :) Time ni game blom start lagi. Sambil-sambil tu snap gambar kereta-kereta yang ada kat Pitstop tu kan! ;) Kereta dalam gambar bawah ni mewakili Setiawangsa Racing! Me & encik suami suka kereta Mitsubishi Evo 3 nihh. Smart + ganass kannn! :D



Perrgh! Siap ada parachute lagi kannn! :D Conform laju niihh!

Little Princess tak suka kereta yang me & encik suami suka nihh. Dia suka kereta Setiawangsa Racing jugakk. Tapi kereta yang dalam gambar bawah ni ;)

Kereta ni pun ada parachute jugak! Tapi kereta ni memang laju malam tu! Kereta yang paling laju pun malam tu! ;)

Dan antara beberapa kereta yang menyertai drag malam tu.

Kereta dari JO1 Racing ;)

Kereta-kereta bawah ni pun ganass kan! ;)

Kereta Mazda B8 ni pun laju tauuu! :)



Engine bay pun ganass-ganass kann! :D


Jalan lagi. Sampai laa jumpa kawan-kawan encik suami nihh! ;) Edy Garage, Bear, Jep, Toros dan lain-lain.

Dan ni diantara kereta-kereta K-Car yang join malam tu :) Tak banyak pun yang join. Dalam 5-6 buah macam tu laa. Tapi encik suami sempat amek 2 jer gambar. Sebab game dah start! ;)


Bagi mengelakkan berlakunya sebarang insiden buruk, kanak-kanak 12 tahun kebawah kena berada di dalam bangunan Pitstop. So, me, Little Princess & encik suami memilih untuk duduk dengan kawan-kawan yang lain di Grandstand :) Selamat! Hehehee

Malam tu machine Mat Ben & Fadhil buat hal. Screw cam pully bawah patah. So, dorang tak boleh nak main malam tu. Lepas abis drag, me, Little Princess & encik suami ke Sunway. Hantar Mat Ben & Fadhil ke Millenium Garage. Then kitorang lepak-lepak minum, makan sampai laa 4.30 pagi! Hhhhuuu ;)

Congrats to all winner! Yang kalah boleh try lagi kann! So, jumpa lagi next Sepang Drag Battle 2012 on 5th May 2012 ;)


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

3 comments:

  1. menyuap panjang lar aku bab kereta nie.. hahaha

    ReplyDelete
  2. owh.. ade kereta purplelah! kiut2.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...