Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 14, 2012

Hilang ingatan dibelasah!

Astaghfirullahalazim! Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Terkejut mendengar berita mengenai abang ipar kawan aku, Yasier. Abang ipar Yasier dibelasah sehingga hilang ingatan seketika di Cheras pada 4.30 pagi hari Khamis lalu. Berita ni aku terima semalam ketika Yasier datang kebengkel. Kata Yasier artikel mengenai abang iparnya ada keluar di Harian Metro semalam. Kawan-kawan lain pun rupanya ada terbaca mengenai artikel tersebut di Harian Metro. So, aku google mengenai artikel itu.



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera parah di kepala dan mengalami hilang ingatan manakala rakannya cedera ringan selepas ditumbuk dengan buku lima dalam kejadian samun kereta mewah di Lebuhraya Metramac, arah Cheras berhampiran Bandar Sri Permaisuri, di sini, awal semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi itu, mangsa, Mariss Khan Mer Amanullah Khan, 32, dan Ahmad Azraf Azman, 26, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bermain badminton apabila kereta Honda Civic dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta BMW dari arah belakang di tempat kejadian.

Ahmad Azraf berkata, sejurus dilanggar, dia memberhentikan keretanya di tepi jalan sebelum keluar dari kereta bersama Mariss Khan untuk melihat kerosakan.

Menurutnya, tiga lelaki kemudian turun dari kereta BMW berkenaan, namun dia terkejut selepas mendapati dua daripada mereka bersenjatakan buku lima manakala seorang lagi membawa parang berlari ke arah kereta mereka.

“Lelaki yang membawa parang itu menyerang dengan senjatanya, namun saya sempat mengelak, tetapi saya tetap ditumbuk lelaki itu beberapa kali.

“Mariss tidak sempat mengelak kerana dua lelaki itu sudah menumbuknya bertubi-tubi dengan buku lima di muka dan kepala hingga pengsan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

SUMBER: HARIAN METRO ONLINE


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

1 comment:

  1. kesiannye dia,, :( smoga Allah ampunkn semua dosa2 dia yg lepas, org yg buat tuh, smoga dpt blsan yg setimpal!!! jahat!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...