Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 3, 2012

Holiday March 2012 - Part Last

OK. Ni part last untuk Holiday March arituu. Ni dah masuk April pun tak habis cerita lagi! Hehehee ;p Destinasi kami seterusnya adalah Kuala Gula, Perak! Ni idea dari encik suami! Dia teringin sangat nak pergi makan Ketam Lembut di JS Restorang terapung, Kuala Gula. Asalnya aritu pergi makan Ketam Lembut dengan my family in law. Time tu encik suami demam dan sakit tekak. So apa pun dia tak rasa! Tu yang dia plan nak pergi kali ni. Sebab me asyik laa cakap, sedapnya Ketam Lembut tuu! Hehehee ;p Now, your turn encik suami! Hehehee :D

Memang rezeki encik suami! :) Time call my ayah conformkan lokasi restaurant tu, ayah suruh call dulu restaurant tu. Takot ketam dia takde. My ayah dengan mama pun pernah pergi restaurant tu. Lagipun restaurant tu dekat je dengan farm ayah kat Bukit Merah. Dalam 30 minit macam tu. Alhamdulillah. Kami tak call pun restaurant tu. Tapi dah memang rezeki encik suami. Sampai-sampai jerr ketam fresh pun sampai! Hehehee ;)

Tapi bukan ketam tu yang kami akan makan. Ketam lembut ni adalah ketam yang telah melalui proses penyalinan kulit baru. Dinamakan Ketam Lembut sebab ketam ini boleh dimakan keseluruhan badannya. Keseluruhan proses penyalinan kulit baru ketam tu dilakukan direstaurant tersebut. Proses mengenai Ketam Lembut ni pernah keluar Majalah 3 tak silap :)

Kalau nak kesini carik landmark Kuala Gula Sanctuary Resort. Restaurant ni betol-betol bersebelahan resort tersebut. Lihat sahaja pemandangan disekeliling restaurant ni. Menarik bukan? ;)

Setiap kali bot lalu, restaurant tu pasti bergerak-gerak! Hehehee seram pun ada gak! ;p Kami order Ketam Lembut Goreng Tepung, Kangkung Ikan Masin, Kailan Ikan Masin dan satu lagi makanan yang special kat sini, Ikan Sembilang Laut Masak Kari! Hehehee ;) Semua yang ada tak makan ikan Sembilang. Disebabkan ianya ikan Sembilang Laut, semua cuba makan! Hhhuuuu ;) Dan hasilnyaaa:

Tak sempat nak amek gambar menu-menu yang ada. See! Clean and clear! Hahahaa :D Ikan Sembilang Laut Masak Kari pun settle! Hehehee ;) Punya laa sedapkann! Dan encik suami pun puas hati dapat makan Ketam Lembut! Sampai semua dah habis encik suami tambah order Ketam Lembut lagi 3 ekor! Total Ketam Lembut jer 9 ekor semuanyaa! Hahahaaa :D Terbaaeekk! ;)

Memang puas hati dan sangat-sangat kenyang! So, kami pun beransur dari JS Restaurant Terapung Kuala Gula. InsyaAllah ada rezeki kami datang lagi! ;)

Destinasi kami seterusnya adalah meneruskan perjalanan pulang ke Bangi. Asalnya tu laa rancangan berikutnya. Tapi bila dah dekat dengan Bukit Merah encik suami kata nak singgah farm ayah dulu. Nak rehat-rehat and mandi katanyaa. So, dah sampai farm ayah bukannya merehat-rehatkan diri. Dorang bleh buat lawatan sekeliling farm pulak! Hahahaa :D Macam-macam dorang nihh kann! ;p

Ahaa. Nih gambar encik suami ajar Dania pulas throtle minyak motor Wak, pekerja farm. Macam-macam akal encik suami nihh tau! Me kat belakang serammm jer! Kot laa Dania pulas throtle tu kuat-kuat, mau ter willy motor Wak tu kann! Hahahaa :D

Yang Bong nih kenapa pulakk? Tau laa putus cinta kann! Jangan terjun dalam kolam dah laa yer Bong! Tak lemas punn! Cuma kesian ikan-ikan dalam tuu! Hehehee ;p

OK! Dah puas main-main kat dalam farm kitorang kedepan farm pulak! Hehehee main-main kat terusan air depan farm tuuu! ;) Konon nak berehatkan! Hahahaa ;p

And time nihh dorang boleh main baling-baling batu dalam sungai! Hahahaa actually i'm really2 happy on that time ;) Enjoy sangatt! ;)

Dan si photogewdixs nihh bergambar! Hehehee ;)

Dan senja pun menjelma. Hehehee jom masuk semuaaa! Hahaa :D Time ni me dah tertanya-tanya dah. Dorang ni taknak balik Bangi ke apa. Dari cerah sampai ke gelap. Takde tanda-tanda nak pulang punnn! ;p

Tengoklah, happynya dorangkan? :) Boleh main lompat-lompat lagi nihh!

Hari sudah malam. Masih tiada tanda-tanda mereka mau pulang ke Bangi punnn! Hehehee mandi pun tak. Boleh pulak lepak-lepak bagai. Siap Dyn nih pedajal sorang-sorang kawan suh pakai topi besar nihhh! Hahahaa :D Encik suami pun sama jer layankann! Sabar je laaa ;p

Atlast me tanya encik suami, pukul berapa nak gerak balik. Ramai-ramai jawab. Relaks-relaks dulu. Mandi-mandi. Nanti gerak laa balik. OK! Me tak kisah. Cuma Bong, Dyn dan Apeq kan keje. Ela pulak dah tentu ada class. Risau laa jugak. Sebab ari Isnin masih di Bukit Merah kannn! Me OK jer kalau dorang OK! Hehehee ;p

Dan diketika itu, Bong sorang je menunjukkan tanda-tanda mau pulang ke Bangi! :) Dah siap mandi pun Bong! Heheheee ;p

Ela dan Apeq masih lagi bermain-bermain dengan Dania! :D

Me dengan encik suami kusyuk surf internet! Time ni tengah tengok result MUSC Drag Challenge Sungai Petani ;p

Sebenarya malam tu kami tak pulang pun ke Bangi. Semuanya bermula bila Apeq demam! Kesian Apeq. Nasib baik ada Panadol. Dah makan Panadol dia pun tertidur!

Encik suami yang dah siap mandi, baring dan kemudian tidur. Diikuti yang lain-lain. Tau-tau jam menunjukkan 8.30 pagi. Hehehehee ;p Semua bangun dengan muka tak bersalah. Sorang-sorang tanya, nape tak bangunkan? Hahahaa nak bangunkan apa. Semuanya sedap jer melelapkan mata. Bong sorang jer yang tidur lewat. Dia tidur pukul 6.30 pagi. Tu pun dia tak bangunkan yang lain-lain. 6.30 pagi tu dia boleh tidurkan diri pulak. Haaa kan ari Selasa pun still dekat Bukit Merah lagi! :D Haddoiii! Sakan bercuti nihhh! ;p

Tengoklaa Dania yang happy nihh. Tripod dibuatnya mic lagi! Haddoiii! :D

Dah-dah laa bercuti! Dah hari Selasa, so nak taknak kena balik jugak OK! Bangun pagi tu terus siap-siap. Selamat tinggal Prima Eramas dan selamat tinggal Bukit Merah! :)

Kami keluar meninggalkan farm jam 11.30 pagi :) Rancangan kami hari tu adalah untuk pulang ke Bangi. Tapi, tetap ada singgah menyinggah! Hehehee ;p Keluar dari farm kami straight ke Taiping :) Me yang bagi idea nihh. Me nak pergi makan Kuey Teow Doli! Asyik dengar ayah, mama, abah dan my mom in law cerita jer kann. Apa kata bagi tekak ni rasa sendiri? Hihihihii ;)

Sampai jugak kat kedai Doli Taiping nihh! Padahal kat KL ada kan! Nak jugak yang Taiping punyaa! Hahahaa :D Dah tuuu. Asalnya dekat sini. Nak rasa yang asalnya laa kannn! ;) Lagipun orang kata kat sini owner dia yang masak! So, mesti sedapkan! Jom rasaa! :D

Me, encik suami and Apeq ordered Kuey Teow Goreng Special. Ela dan Dyn ordered Kuey Teow Goreng Biasa. Bong pulak makan Mee Kari :) Boleh tahan lama jugak laa nak tunggu makanan sampai. Dah macam-macam ragam dah kami kat restaurant tu ;)

Dan akhirnyaaa, sampai pun Kuey Teow Goreng Special Doli! Macam biasa, kalau bab makan jer takde nak amek-amek gambar. Ni pun ada satu jer gambar Kuey Teow Goreng Special Doli! ;) Sedap! Udang & kerang pun banyak! Kuey Teow pun macam double! Thumbs up! Tak rugi datang Taiping! ;)

OK dah dapat makan Kuey Teow Goreng Doli! Cuma satu jer belom dapat makan lagi! Pau Tanjung Malim! Hehehee ;) Me nihh badan jer kurus. Tapi selera makan, Subhanallah! Hehehee ;) So, kami teruskan perjalanan ke Tanjung Malim! ;) Alhamdulillah perjalanan kami lancar. Dan akhirnya kami sampai di Tanjung Malim!

Dengan bantuan Ela, kami jumpa kedai yang kami carik dengan mudahnyaa! :) Hehehee Yik Mun The Famous Tanjung Malim Pau! ;)

Interior kedai Yik Mun :)

OK! Ni laa Pau Yik Mun! Sedappp! Me order Pau Kaya, encik suami order Pau Kacang. Kitorang half-half! Memang sedap! ;)

Puas hati dapat makan Pau Yik Mun :) Lembut! Kaya dia pun sedap. Kat restaurant Yik Mun ni ada jual Kaya sahaja kalau kita nak beli. Buat makan dengan roti ker kan :) Sebab me ada order Roti Kahwin kat Yik Mun ni. Roti Kahwin tu Roti Bakar. Memang sedap lahhh! ;) Terbaekkk! :D Me siap bungkus Roti Kahwin untuk Little Princess lagi. Sebab time ni Little Princess tidur! Hehehee

Dah kenyang makan pau. Hari pun dah petang. Semua tempat yang me nak pergi dah pergi. So kami teruskan perjalanan pulang! ;) Ni laa gambar last me amek. Sebab lepas tu dah kena aircond, sedap memejamkan mata! Hahahaa ;p

Tamatlah sudah percutian kami :) Nak ucapkan sangat2 berterima kasih kepada encik suami atas percutian yang sangat menggembirakan dan membahagiakan ♥ Dan kawan-kawan yang sama-sama memeriahkan percutian kali ni, Apeq, Ela, Dyn & Bong. Tau korang semua taknak balikkan. Sebab setiap kali nampak signboard KL korang geleng-gelengkan kepala. Hahaa :D Nanti kita plan percutian yang lain pulak OK? Seperti yang telah kita war-warkan. Hehehee ;) Apa pun enjoy sangat! ;)

Thank for reading. Do comment and LIKE :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...