Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 29, 2012

Holiday March 2012 - Part V

OK. Kita sambung cerita. Destinasi kami seterusnya terletak diluar dari Pulau Pinang :) Kena lalu jambatan Pulau Pinang lagi! Hehehee ;) Dari Bukit Bendera kami teruskan perjalanan ke Alor Star. Dengan satu tujuan jer. Nak makan laksa! Hahaaa :D Bolehhh? Kami bawak laa sekali Baie dan anak dia tuu pergi Alor Star! :p

Boleh tahan jauhnya dari Bukit Bendera ke Alor Star. Kematu duduk dalam kereta tuu! Hahaa :D Tapi suka sebab pemandangan menghijau jerr. Ada je kawasan sawah padi yang luas terbentang! Indahnyaa! ;)

Kami exit Sungai Petani Utara. Kebetulan boyfriend my sis Anis, Azwan orang Alor Star. Dah siap-siap called dia sebelum gerak ke Alor Star. Nak mintak dia bawak pergi makan laksa. Hehehee dulu pun ada sekali pergi Kedah dia bawak pergi makan laksa Telok Kecai. Tapi time ni nak suruh dia bawak pergi makan Laksa Ikan Sekoq! Hehehee ;) Dah sampai Alor Star, Azwan dah siap-siap tunggu kami kat station minyak. So, kami just straight to the point laa.

Haa! Ni lah dia Laksa Ikan Sekoq! Seriously said, sangat-sangat sedap! Yeaahh! :D

Laksa Ikan Sekoq ni terletak di Jalan Gangsa, Alor Star. Time kami datang ramai orang. Meja pun hampir penuh. Takde gambar yang sempat diambil. Sebab semua tak sabar nak makan laksa! Hehehee :D Istimewanya Laksa Ikan Sekoq ni kann. Ada ikan kembung rebus dalam setiap laksa! Perrghh! Memang sedap laa kann! Kami cuba jugak rojak buah yang ada dekat situ. Pun terbaikk! Hehehee :D Cuma cendol je tak sempat merasa. Sebab dah habis! :( Another best things pasal Laksa Ikan Sekoq ni, boleh ditambah laksa secara percuma! Hahaa terbaik kann! :D

Mula-mula takde siapa pun tau yang boleh tambah laksa secara percuma. Habis laksa dalam pinggan, masing-masing sakan bersembang. Sekali abang yang amek order tu cakap, " Taknak tambah laksa ka? Laksa tambah percuma jaa!" Hahahaa bangun semuanya bawak pinggan tambah kannn! :D Azwan pun satu. Tak mau cakap pun yang laksa tambah percuma! Hehehee :p Rupa-rupanya dia tak berapa suka makan laksa! Hahahaa :D

Dah kenyang makan laksa. Kami suruh Azwan bawak kami jalan-jalan kat Alor Star! Hehehe jadi tour guide Azwan aritu. Azwan bawak kami pergi Dataran Alor Star :) Aritu datang pun Azwan bawak pergi Dataran jugak. Ni pun pergi Dataran lagi Azwan? Hahahaa jadilah dari tak ada kan? :D Dekat Dataran ni kami takde buat apa pun. Selain bersembang dan bergambar! Hahaa :D Dari terang sampai laa gelap kann! :p

OK. Ni la dia Azwan! Our tour guide! Hahahaa :p Pening Azwan dok layan kami yang macam-macam ragamnya! Bukan selalu kan Wan! Hehehee :D

Tengok laa. Sampai macam ni sekali Azwan dok melayan karenah kami. Hahahaa :D

Budak ni pun sama! Macam-macam. Tripod tu dibuatnya microphone! Sabar je laaa! Hahaa :D


OK! Gambar-gambar kat bawah ni semua gambar favourite! Gambar kami bawah ni berlatar belakang kan Menara Alor Star :)

Yang bawah ni pula berlatar belakang kan Masjid Zahir, Alor Star :)

Hurrmm dalam gambar bawah ni semua perasan macam hero Malaya kann! Tolong laahh! Hahahaa :p

Oouchh! I ♥ them so much! ;)

And he's my man ♥

See. Dari cerah sampai ke gelap kami dekat situ ;) Bergambar tak sudahkann? Lepas dia, dia pulak. Hahahaa :D Sekali sekala. Apa salahnya kannn! ;)


My family ♥

Ouuuh cik abang! Malu-malu laa kannn! Bila kawan-kawan suruh tu suruh nihh! Hehehee ^_^

Yeaaahh katanyaa! Hahahaa :D

Girlfriends ♥

Hahahaaa! Gambar nihh menunjukkan yang Baie tak mau menuju ke cahayaa! Bolehhh? Katanyaa belom masa lagi! Hahahaa macam-macam dia tuuu! :p

And last sekali gambar nihhh. Dania ajak Papa dia amek gambar dia pulak. Fed up dia bila Papa dia asyik amek gambar orang lain. Hahahaa :D

Apa pun TQ so much to Azwan! Sebab spend time dengan kami aritu. Really-really happy and enjoy that moment! ;) Kami dengan Azwan berpisah di stesyen minyak kami bertemu tadi. Kami kena balik Penang semula. Baie & anaknya harus dihantar pulang! Hehehee ;)

Setibanya di Penang, kami tak terus balik ke rumah Baie. Kami singgah kat sini dulu! Hahahaa :D Dimanakah? Gambar bawah ni gambar masjid Kapitan Keling. Apa ada kat situuu? Huhuhuuu nantikan entry seterusnya OK! :D



Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Tuesday, March 27, 2012

Holiday March 2012 - Part IV

Welcome to Penang! Hehehee :D Ini lah destinasi kami yang seterusnya, Pulau Pinang ;)


Sampai je Penang terus drive ke rumah my best friend, Baie! ;) Kami memang plan nak stay umah Baie one night. Biasa laa. Kalau dah pergi Penang, tak sah kalau tak jumpa Baie ;) Baie tinggal dekat area Farlim. Dua kali jugak laa salah simpang nak kerumah Baie time tu. Hehehe masuk yang ni, baru kali kedua pergi kerumah Baie ni. Ni rumah baru dia. Kalau rumah lama dia kat Air Itam tuu. Tak yah citer laa. Memang expert sangat! Hehehee ;)

Sampai rumah Baie lebih kurang pukul 8.30pm. Jalan jammed giler nak kerumah Baie. Lenguh kaki tekan clutch. Tau-tau je laa kereta encik suami tuu kann. Unsur-unsur kereta racing tu memang adaa! -.- Malam tu disebabkan keletihan. Semua tak larat nak keluar pergi mana punn! Hhhuuu dah siap-siap mandi bagai, kami just pergi makan dekat area rumah Baie. Tu pun jalan kaki jer. Dekat! ;) Dah makan malam tuu. Balik jer rumah Baie semua lena diulit mimpi. Hehehee Baie pun memang dah siap-siap sediakan tempat tidur. Apalagi, good night and have a nice dream laa kan! Hehehee :D

Keesokan paginya Baie kejutkan semua orang pukul 7 pagi. Oouhhh tidakk! Awalnyaa! Lagipun nak kemana pagi-pagi sangat! Hhuuu sudahnya semua sambung tidur balik termasuklah Baie! Hahahaa :D Dan akhirnya, jam pukul 9.30 pagi aku yang bangun :) Kejutkan semua orang! Hehehee :p Pagi tu kami plan nak ke Bukit Bendera :) Aku, encik suami dan Dania baru je pergi beberapa bulan lepas. Dengan keluarga encik suami. Tapi Apek dah lama tak pergi. Ela pulak tak pernah pergi. So, marilah kita ke Bukit Bendera! ;)

Lebih kurang pukul 11.30 pagi kami sampai di Bukit Bendera. Baie just bawak Balqis jer. Hero Baie yang 2 orang tu dia tinggalkan kat husband dia. Husband Baie kerja malam. So siang dia ada. Dan Baie tak larat nak jaga kedua-dua heronya yang boleh tahan activenyaaa! Hhhuuu ;p Dah settle beli ticket train untuk ke atas kenalah beratur tunggu turn naik train. Sempat laa bergambar kannn! :D

Lebih kurang 10 minit menunggu akhirnya sampai jugak train kami :) Encik suami suggest supaya kami duduk dibahagian yang paling bawah sekali. Supaya kami dapat melihat pemandangan bawah semasa train berjalan ;) Macam-macam ragam kami dalam train. Ada yang takot rupanyaaa. Hehehee :D


Ahaaa ni laa muka orang yang takot! Hahahahaa :D


My little princess ♥


Cantikkan pemandangan bawah semasa train sedang naik ke atas ;)

Dan akhirnya sampai jugak diatas :) OK turn encik suami dukung Balqis pulak. Lalalalalalaaa :D Tau tak yang Balqis sorang jer budak yang pelik. Sebab nak pada encik suami. Kalau budak-budak lain. Tengok jer muka encik suami mesti menangis. Huhuhuhuu :p

So bila dah sampai kat atas ni. Bergambar sakan jelaa kejenya kaannn. Hehehee :D Ni baru gambar jalan time naik. Nak turun nanti. Bergambar lagi! Hahahaa ;)

Dah berjalan sampai keatas kami carik restaurant untuk makan. Lapar, dahaga sungguh! Huhuhuu yelaa. Mana ada kami makan apa-apa lagi dari rumah Baie. So alang-alang dah tengahari kan. Encik suami suggest kami makan jer kat Bukit Bendera :) Dekat Bukit Bendera ada Cliff Cafe. Macam food court laa. So, kitorang makan dekat situ jer.

Dah cukup makan, dah hilang dahaga. Kami decide untuk turun semula kebawah. Sebab dekat atas dah takde apa nak dibuat. Hehehee. So, dalam perjalanan ke station menunggu train. Bergambar laa lagi kejenyaaa! Hahahaa :D


Tengok laa. Betapa overnya little princess ni bergambar! Dia sorang je laaa kann encik suamii! -.-'

Dan ini hasilnyaaa selepas dia berphoto gediks bersama Papa dia! Ahaaaa! Gediks kann! :p

Lepas tu merajuk! Hahahaa mengada nihhh :D

Dan sampai jugak dekat station menunggu train. Hehehee singgah sana. Singgah sini. Stop sana. Stop sini. Naahh. Ramai gila orang beratur tunggu nak naik train. Hehehee train sampai kitorang taknak naik. Sebab encik suami bagi idea duduk cabin yang depan sekali. Boleh nampak bawah lagi katanyaa! Hahahaa :D So sementara tunggu train yang dah ada tu turun dan tran satu lagi naik semula. Kitorang dok la bersembang dulu. Eh, bergambar jugak lagi! Hahahaa :D


Tengok laa muka Baie kalau bersembang. Rasanya time ni suara dia jer yang kuat kat situu! Hahahaa :D Ada jer cerita diaa! Memang jarum! Hahahaaa :D


Thanks to Apeq captured this photo ♥

OK. Train sudah sampai! Cepat-cepat Dyn berjalan kedepan. Sebab nak dapatkan cabin yang 1st sekali. Hehehee ;)

Actually ada video ketika train turun dari atas. Tapi tak dapat nak upload sebab asyik laa retrying. Ahaaa. Give up jadinyaaa! :( Later laa kalau dapat upload nanti ada laa kat sini yerr. Hehehee :p Then bila kami dah sampai bawah. Kami plan nak ke tempat lain. Tempat yang jauh sikit! Huhuuu kemanakah agaknya destinasi kami selepas ni kann? :D Kita sambung cerita nanti OK! ;)


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...