Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 4, 2012

Khasiat Daun Pegaga :)

Hari ni makan berulamkan daun Pegaga. Masa beli barang masak pagi tadi, tetiba je tekak teringin nak makan daun Pegaga. Teringat masa berpantang dulu, hari-hari Mama sediakan daun Pegaga untuk dimakan. Makan dengan akar-akarnya sekali! ;) Kata Mama, daun Pegaga ni elok untuk mengecutkan peranakan. Lagipun dah biasa makan daun Pegaga ni. Dari zaman anak dara lagi. Mama tanam daun Pegaga ni dalam pasu bunga jer dulu :) So, hari ni nak share dengan semua tentang khasiat daun Pegaga ni.

Sumber gambar: Google

Daun Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi dan vitamin A dan C. Selain daripada enak dibuat ulam, daun Pegaga juga boleh mengubati beberapa penyakit. Antaranya ialah kencing manis, mengecutkan peranakan, mengubat gatal pada vagina, menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dan menjadi ubat kepada darah tinggi. Daun Pegaga juga dapat menjadikan wajah awet muda ;)

Ini diantara beberapa khasiat dan petua dari daun Pegaga:

Serikan Wajah
Ambil secekak daun Pegaga bersama akarnya. Rebuskan dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas sahaja air rebusan itu. Tapis dan sejukkan. Selepas itu minum air tersebut sekali sehari selepas makan malam. Amalkan minum selama 3 kali seminggu. Anda akan dapati wajah anda lebih berseri.

Mengecutkan Peranakan
Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau setiap kali selepas kedatangan haid bolehlah diamalkan makan daun Pegaga. Samada dibuat ulam atau dijadikan masakan. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.

Menghilangkan bintik-bintik hitam di muka
10 helai daun Pegaga dicuci dengan air garam. Kemudian ditumbuk halus dan dicampurkan dengan bedak sejuk dan air garam yang suam. Sapukan dimuka sebelum tidur dan cuci keesokan harinya. Amalkan setiap malam sehingga bintik-bintik hitam hilang di muka.


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...