Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 11, 2012

Amaran Tsunami Ditarik Balik. Alhamdulillah :)

Hari ni semua orang sibuk dengan berita gempa bumi di Acheh yang mengakibatkan amaran Tsunami dikeluarkan. Serius. Aku masih trauma dengan Tsunami. Walaupun tak mengalami sebarang kehilangan tapi aku dapat rasakan perasaan mereka-mereka yang terlibat dengan Tsunami pada tahun 2004. Subhanallah. Tadi aku terlalu sibuk update news gempa bumi untuk adik-adik & kawan baik aku yang berada di Penang dan alhamdulillah akhirnya berita ini yang diterima dari sumber yang boleh dipercayai:


BANDA ACEH: Amaran tsunami yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegarkan perairan barat Indonesia. Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan cemas petang tadi. Penduduk di kawasan bandar persisiran pantai menyelamatkan diri ke tempat tinggi dengan menaiki kereta dan menunggang motosikal.Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama.Bagaimanapun amaran tsunami masih dikekalkan di Indonesia, India, Maldives, Sri Lanka dan Kepulauan Diego Garcia.Kemusnahan besar atau ombak tsunami tidak dilaporkan setakat ini. - AP

SUMBER: BERITA HARIAN


Sumber: Facebook PDRM



Thank for reading. Do comment and LIKE :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...