Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 25, 2012

Menarik minat anak kecil belajar.


Ramai parents yang mengeluh untuk mengajar anak kecil belajar. Aku juga. Little princess agar payah untuk diajak belajar. Kalau belajar tu 5 minit, bercakapnya 10 minit. Then, bila dah boring mintak untuk main. Memang stress laa aku jadinyaa! So hari ni aku Google beberapa tips "Bagaimana Menarik Minat Anak Kecil Belajar."

Pertama sekali, kita kena memahami jiwa anak-anak kecil. Bagi anak kecil, tiada istilah belajar. Bagi mereka, yang penting adalah keseronokan. Jadi kalau kita nak menarik minat anak kecil belajar dah tentulah dengan cara bermain. Ibubapa hendaklah bermain dengan mereka menggunakan permainan yang berunsur pendidikan.

Kedua, biasakan diri mengucapkan kata-kata yang merangsang semangat anak kecil. Seperti, "Kamu memang pandai. Buat lagi. Pasti boleh!" Kata-kata positif mampu merangsang semangat anak kecil untuk terus belajar.

Ketiga, ajar anak untuk amalkan berdoa sebelum belajar atau melakukan sesuatu pekerjaan. Supaya dia belajar bahawa Allah swt sentiasa bersama dia, membantu dia.

Cuba berikan tugasan pelajaran yang kita yakin anak kita mampu menyelesaikannya dengan mudah. Misalnya tugasan mengira yang paling mudah. Kita akan lihat betapa gembira dan bangganya dia bila menyelesaikan tugasan pelajaran dengan mudah! Biarkan dia mengekpresikan kegembirannya.

Berikan reaksi positif berupa pujian saat anak mampu menyelesaikan tugasan yang diberikan. Jangan mencela atau mengkritik setiap kesalahan yang dilakukannya. Kerana itu akan menyebabkan anak berputus asa!

Berikan pemahaman kepada anak bahawa Allah sayang orang-orang yang mahu berusaha.

Rangsang minat belajar anak dengan memberikan pemahaman bahawa belajar akan membolehkan dia berjaya dimasa akan datang. Berikan contoh ahli keluarga terdekat yang berjaya.

Biarkan anak belajar apa yang disukai dan yang mudah buatnya.

Sebaiknya kita jangan harapkan hasil yang besar dalam waktu yang singkat. Kerana anak kecil memerlukan masa untuk mempercayai dirinya sendiri dan memberikan hasil yang positif. Jangan memaksa atau mendesak anak untuk melakukan apa yang anda rasa terbaik untuknya.

Sesekali berikan hadiah apabila anak menyelesaikan tugasan dengan jayanya. Supaya dia tidak bosan belajar.

Hindari membantu anak membuat tugasan yang diberikan. Hal ini akan membuatkan dia bergantung kepada anda. Biarkan anak menyelesaikan tugasannya dengan sendiri.

Sumber: Google


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...