Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 20, 2012

Khas buat "KAWAN"

Kawan bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar. Dah dapat sepak. Kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok. Lepas tu pijak! Kawan pun bukan macam main RAGBI. Mula-mula tangkap. Dah dapat..ditendang! Kawan tu bukan macam PAMPERS! Dah pakai...buang! Kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS. Waktu baru beli dipakai. Dah sengkek, digadai ~ Kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah hilang...hujan gerimis baru muncul ~ Kawan pun bukan macam KERETA. Rosak sikit jual. Beli baru. Kawan tu bukan macam CHIPSMORE. Kejap ada, kejap takde. Kawan taaau bukan macam bank. Bila dah takde duit baru nak cari.

Walau apa pun tanggapan orang tentang KAWAN, bagi aku kawan-kawan tu amat penting. Kerana itu aku suka berkawan. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. True friends adalah seorang kawan yang boleh diajak duduk berbincang pelbagai perkara dalam pelbagai situasi. Bukan ketika senang atau gembira. Malah ketika sedih atau berduka.


P/S: Encik suami kata, aku punya ramai kawan yang suka mengambil kesempatan diatas sifat kesian dan mudah memaafkan. Katanya, aku harus mencari sahabat. Dan bukannya kawan. Kerana tiada istilah sahabat makan sahabat. Tapi ada istilah, kawan makan kawan! ;)


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...