Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 6, 2012

Holiday Jan 2012 - Part III

Salam all!

Part III dah kan ;) Dah selamat turun dari Cameron Highlands dan dah sampai dekat simpang nak keluar ke tol untuk ke highway terus jadi macam ni -.-

Encik Suami: Yang ada nak pergi mana2 tak?
Isteri Tersayang: Hmm entah la. Yang pun taktau. Abg nak balik ker nak jalan2?
Encik Suami: Entah la yang. Abg pun tak tau.
Isteri Tersayang: Kalau nak balik. Balik laa. Kalau nak jalan yang ikot je.

Dah sampai kat simpang nak ke tol. Sepatutnya turn right kalau nak keluar ke highway. Samada balik ke KL or naik ke arah utara. Tapi encik suami yang tak tau nak kemana tadi. Drive straight jerr. Eh! Nak kemana pulak encik suami nii!

Tetiba jerr! "Yang. Betul ke jalan ni dalam nak pergi Ipoh?" Aiikk! Tadi kata tak tau nak pergi mana. Ni tetiba jer nak menuju kearah Ipoh. Biar betul! "Err. Betul laa ni bang. Signboard tu tunjuk straight je Ipoh." Haaihh suprised apa lagi yerr encik suami nihh! ;))

Sepanjang jalan tu hati ni tertanya2 jerr. Mana encik suami nak pergi nihh. "Yang, cuba yang msg Ijat Jalil. Tanya rumah dia kat area mana?" Oouhh nak jumpa kawan dia rupanya :) Cakap lah awal2. Try call Ijat. Tak dapat. Sms pun pending. As we know Ijat duduk dekat Batu Gajah. But which area tu tak tau laa ~

Tunggu punya tunggu. Sms still pending. Call pun tak dapat. Encik suami stop dekat station minyak dekat Batu Gajah tuu. Tukar drive. Aduh. Kemana nak dituju nihh? Drive je laa ikot signboard. Straight to Ipoh! :)

Tetiba jer jumpa signboard niii!


Kellie's Castle! Waah kat sini rupanyaa! "Bang jom kita singgah sini nakk?" suka-suka jer ajak encik suami. Hehehehh :P Sebenarnya dah terlepas simpang nak masuk ke Kellie's Castle ni. Sebab encik suami bagi jawapan "Suka hati yang laa. Nak singgah jom." Tapi taknak jawapan macam tuu. Hhhuuu mengada2 kann. Sampai laa encik suami cakap mcm ni "Jom laa yang. U-turn balik. Nanti tak pergi bila lagi kita nak pergi kann!" Hahahaha gedikss! Jom jom encik suami suruh u-turn! Apa lagi? U-turn laaa! ;))

Tadaaa! Sampai pun Kellie's Castle! Actually suka sangat moment dekat tempat ni :) Sebab sepanjang berada kat sini, senyuman tak pernah lekang dari bibir ni. Hari yang sangat membahagiakan! Dan entah kenapa. Ada satu perasaan yang sangat lain dari hari2 lain! Yang pastinya perasaan tu cukup membahagiakan! Thanks abang! ♥

Gambar-gambar ni semua diambil oleh encik suami :) Yang bertiga tu kitorang guna tripod jerr. Time kat sini encik suami tersangat2 lah sporting bergambar. Hahaha! Sebab bila bagi idea nak pose macam mana, encik suami setuju! Dia ikot pose sekali! Hehehee ;))

Err abaikan gambar bawah nii. Muka tersangat laaa oily! Hhhuuuu

Ni pemandangan dari tingkat 2 Kellie's Castle :)


OK belanja pose sikit! Hahahahaa :P

Oouuch! Gayat sebenarnya time ni. Pegang je tangan Dania time tu. Sebab takde pagar or apa pun yang menghalang untuk sesiapa jatuh kebawah! Hhhuuu seramm!

OK2! Memang perangai kami berdua! Amek gambar dekat mana pun mesti ada adegan melompat! Hahahaha :D

How sweet this picture! ♥

Dania yang gediks! Tak payah ajar macam mana nak pose! Dia tau macam mana nak pose! Hehehee :P

Gambar berdua ni. Ehem ehemm. Hahahahaa :P

OK. Last amek gambar bertiga sebelum balik! Tengok laa riak2 wajah yang gumbira kami bertiga tuu! Memang happy sangat2 time ni! TQ so much encik suami! ♥


See! Dania gediks! Hahahaha :P


Apa pun sangat happy time dekat Kellie's Castle ni! Tak terungkap dengan kata-kata! Bahagia! :D Ni cerita dekat Kellie's Caste. Nanti kita sambung story part last Holiday Jan 2012 ni yerr! ;)


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Wednesday, January 4, 2012

Holiday Jan 2012 - Part II

Salam all!

Hehehee kita sambung citer holiday part II :) Dah puas berjalan dekat Cameron Highlands kitorang pun turun. On the way turun tu kitorang singgah air terjun Lata Iskandar. Kalau ikot jalan ni mesti kena lalu air terjun Lata Iskandar. Seingat laa. Time rombongan sekolah dulu ada la singgah tempat ni. Lepas tu tak pernah dah berhenti kat air terjun ni setiap kali naik ke Cameron Highlands. Tapi kali ni, encik suami yang ajak berhenti. Kebetulan Dania tidur. Kitorang kejutkan dia dan ajak dia turun untuk tengok air terjun tu ;)


Tergedik2 laa kitorang dua beranak bergambar dekat air terjun tuu! Hahahaa :D


Then Dania excited nak main air! Hehehee rendam kaki dalam air tu pun jadi laa untuk dia! Bukan taknak bagi dia mandi. Tapi dia sendiri yang kata air tu sejukk! Hehehee rendam kaki je laa kan! ;P

Dah puas rendam kaki tuu. Lapar pulakk! Hahahaa beli jagung bakar! Time ni aku sibuk laa nak beli buah rambai! Hehehee kalau kat sini mana nak dapat buah rambai tu kann? Hhhuuu ;)

Dah sudah beli jagung bakar, cempedak goreng & buah rambai. Kitorang sambung perjalanan semulaa! Makan dalam kereta jer. Jauh lagi perjalanan nak sampai ke bawah tuu. Time ni masih lagi tak tau destinasi berikutnyaa. Kemana kitorang selepas ni kann? Hhhuuu so nanti sambung lagi cerita holiday nihh yerr! ;) Encik suami ajak keluar kejap!



Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Tuesday, January 3, 2012

Holiday Jan 2012 - Part I

Salam all! ♥

Semalam baru sampai dari Penang :) Penat betul! Walaupun encik suami yang drive sepanjang jalan. Kematu jugak laa duduk saja kan! Hehehee :p Actually ni percutian yang tak dirancang. Lagi 15 minit sebelum countdown 2012 still depan pc main game The Sims! Hhhuuu ;) Orang dah sibuk tengok bunga api kat luar. Kitorang still dalam bengkel. Dania Sofea tidur. Encik suami layan Konsert Reunion AF. But, tetiba je encik suami suruh kemas baju. Bila tanya nak pergi mana. Dia jawab senang jerr, " Tak tau laaa! Kemas je baju. Mana la tau kan. " Hurrmm malas nak banyak soal. Kemas je baju. Senang!

Kebetulan on that night memang penat. Siang tu ada tempahan Apam Polka Dot 100pcs. So masuk je kereta mata pun terpejam. Hhhuuu. Sedar2 dah ada kat sini :) Dan dah boleh agak kemana encik suami nak bawak kitorang berjalan ;))


Yes! Cameron Highlands! Ouhh encik suami! I ♥ u so much! Makin lama makin romantik laa encik suami nihh. Bawak jalan2 taknak bagitau pergi mana. Tau2 sampai tempat favorite kita dua! Hehehehee TQ so much! Sampai Cameron Highlands dalam 8.30 pagi macam tuu. This is the first place we stop. Boh Tea Plantations :)




Then kitorang naik sampai dekat cafe Boh Tea. Tapi hujan. So kitorang turun bawah balik. Dekat bawah tak hujan pun! Huhuhuu kitorang decide pergi tengok Strawberry pulak! :D Waah Strawberry? Bestnyaaa! Tengok gambar Dania nii. Excitedkan! Amek gambar pun mcm x sabar je nak makan Strawberry tuu!


Dan gambar bawah ni menunjukkan betapa excitednya bila dapat Strawberry with honey and cream! Sangat2 sedap OK! Hehehehee :D

Dah puas makan Strawberry. Lepak2 jap kat Strawberry Farm tu. Snap gambar encik suami dengan anak kesayangannyaa! Manja kan Dania? Dah besar2 pun nak berdukung! Menyampah! >.< Hahahahaa! :D

OK dah puas jalan2 kat Strawberry Farm turun bawah lagi :) Tengok laa kedai2 yang jual macam2 barang souvenir! Mostly semua berbentuk Strawberry! Hehehee ;) Tak singgah pun. Lalu saja. Nnt kalau singgah Dania Sofea mesti buat perangai! So, don't spoil the mood! Hhhheee ;p


Jalan lagi! Hehehee kali ni singgah dekat pasar yang dekat dgn Balai Polis Cameron Highlands tu. Taktau laa apa nama pasar tu. Asalnya taknak singgah pun. Tapi encik suami ajak singgah. Hhheee kita ok je laaa! Huhuhuhuu ~ So, takde beli apa sangat pun. Just beli keledek madu yang mentah tu. Selalu kalau pergi pasar ni mesti beli yang dah siap rebus. Tapi takde pulak. Beli yang mentah laa jawabnya. Balik nanti baru rebus! Hhhuuu ;) Dan Dania Sofea berjaya memujuk Papa dia untuk belikan dia payung Strawberry! Haiishh all pink color laa Dania nihh! ;P

OK dah semua tempat dah pergi. So discuss punya discuss ajak encik suami turun :) Boleh singgah tempat lain kan! *Actually time ni encik suami still tak cakap nak pergi mana lepas ni! Nak balik org singgah tempat lain!

Ouuch nasib kitorang baik. Turun time orang sibuk nak ke Cameron Highlands! Time ni 12.30 tengah hari tak silap. Ramai orang nak naik ke Cameron Highlands. Time kitorang on the way turun. Jalan jammed sampai ke Starbucks Cameron. Nasib baik! Kalau tak bersesak laa dekat atas tuu! ;)

Last tempat yang kitorang singgah Cameron Valley Tea House :) Lepak2, minum Strawberry Tea, mkn Tuna Sandwich and beli dress strawberry utk Dania! Hhheee eh! Mama Dania pun beli jugak. T-Shirt je! Jadi laaa! ;)




OK. Abis dah habis citer holiday part I. Hehehee nanti sambung part II plak k! Ada keje nak buatt laa! Huhuhuu ;)


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...