Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 2, 2012

Holiday March 2012 - Part VI

Ahaaa. Tak habis lagi cerita holiday ni kann? Addoii. Mana taknyaaa. Mengikut perancangan, kami dah ada dekat Bangi hari Isnin. Ni hari Isnin still dekat Penang lagi. Ahaaa berjalan sakan namanyaaa! So, last entry me post gambar masjid tu kann? Actually, malam tu sampai je Penang dekat pukul 10pm. So, me plan nak pergi makan Nasi Kandar Beratur. Akibat kelaparan tahap maksima. Tiada gambar dirakamkan disitu. Kerana masing-masing sibuk beratur untuk makan. Hehehee :D Nasib baik laa kami cepat. So, tak ramai lagi yang beratur on that time ;)

Dah settle makan. Dah puas bergelak ketawa. Kami pun hantar Baie pulang kerumahnyaa. Malam tu kami plan nak tidur di hotel. Baie beria ajak bermalam kat rumah dia malam tuu. Tapi, segan laah! So, kami pilih Tune Hotel sebagai tempat untuk bermalam malam tuuu ;)

Keesokan harinyaa, me bangun dulu. Biasa laa orang biasa bangun pagi kannn! Tidur lewat macam mana pun mesti bangun pagi punyaa! :p Me dah siap mandi baru me bangunkan encik suami. Then encik suami bangunkan adik-adik yang lainn. Hahahahaa :D

Destinasi kami seterusnya, Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor, Pulau Pinang! :D Kami check out dari hotel pukul 10 pagi macam tu. Then terus ke Gelugor untuk breakfast! Hehehee :D Kami nak pegi makan Serabai & Roti Jala kat sana! Haa apa tu Serabai? Kami pun tak tau! Hahahaa :D

Tapi...sampai je kat sana. Kedai jual Serabai tu tutup! :( Hhhuuu sedikit kecewa! Nasib baik kedai yang jual Roti Jala tu bukak! Senyum laa balik kannn! ;)

Tak sempat nak amek gambar Roti Jala tuu. Sebab tak tunggu dah bila dapat Roti Jala tuu. Bismillahirrahmannirrahim dan terus makan. Hehehe ;) Specialnya Roti Jala tu kann. Roti Jala sebanyak 4 keping berserta kuah kari ayam dan seketul drumstick! Perrghh! Marvelous! Berbaloi dengan harganya yang hanya RM4 sahaja! Dan dengan air Teh O Suam yang hanya berharga 80sen! Me kalau duduk Penang nihh mau gemuk! Murahnya makan kat siniii! :D

Selesai bersarapan pagi, kami menyambung semula perjalanan. Dari Gelugor kami terus ke Pasar Chawrasta Penang. Nak beli asam jeruk dan buah Pala. Then dah settle membeli kami terus ke Batu Ferringhi. Takde plan pun nak mandi manda kat laut. Saje je pergi jalan-jalan. Nak habiskan jalan-jalan dalam Penang katanyaa! ;)

Sampai kat Batu Ferringhi encik suami tak mau turun. Katanya mau rehat-rehatkan mata dalam kereta. So, kami yang turun ni laa dok bersantai kat tepi laut tuu. Huhuhuu menikmati angin panas laut di tengahari! ;p

Tengok lah Little Princess ni pose macam mana. Memang gewdixs kann Dania Sofea! ;p

Dah puas mengadap laut Batu Ferringhi tuu. Kami teruskan perjalanan ke Padang Kota Lama. Nak makan Pasembor katanyaa. Hihihiii. Sepanjang perjalanan di Penang, me lah yang jadi tour guide untuk mereka-mereka semua. Cuma ada certain tempat yang me tak familiar macam Astaka Taman Tun Sardon tu jer guna GPS. Yang lain semua, petik jari jerr! Hahahaa :D

Sampai Padang Kota Lama terus pergi kedai yang jual Pasembor tu. Me datang situ nak makan kerang rebus dan sotong kangkung. Tapi tutup lagi kedai tu. So makan Pasembor jugak laa jawabnyaa ;) Me share je dengan encik suami. Encik suami memang teror makan Pasembor. Me kurang sikit. Betul-betul lapar baru dapat habiskan. Kalau tak, buat rasa kat tekak jer!

Settle and clean Pasembor tu encik suami makan! Hehehee :p

Dah kenyang makan Pasembor. Masa untuk meninggalkan Penang! :( Bye bye Penang. Jumpa lagi nanti bila ada rezeki! Kami plan keluar dari Penang thru feri. So, let's jom! On the way ke terminal feri tetiba je me nampak Star Cruises! Woww! Hahaaa :D Me ajak encik suami berhenti dekat Marina Bay untuk amek gambar ;)

Bong nak terjun kelautt! Hahahaa :D Tau laa tengah kecewa kann Bong! Hahaa :D

Dan perjalanan kami diteruskan ke Terminal Feri ;) Nasib kami baik sebab hari tu hari Isnin. So takde laa menunggu lama untuk menaiki feri. Sampai-sampai jer menunggu lebih kurang 5 minit feri sampai dan dapat naik atas feri :) Sakan kami bergambar atas feri! Sepanjang perjalanan feri nak sampai ke terminal seberang laaa! Hehehee ;)

Dan akhirnya, feri selamat tiba didestinasinya. Hehehee.

Cuma kami jer belom sampai ke destinasi kami yang berikutnyaa. Perjalanan perlu diteruskan. Ikot rancangan hari Isnin dah ada kat Bangi. Tapi, hari Isnin masih berada di Penang! Jadi, apa yang terjadi seterusnyaa? Kita cerita utk last part entry Holiday March ni nanti ehhh! ;)


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...