Monday, November 24, 2014

I'm back!



Assalammualaikum.

Hi²! Fuuhhh punya la lama Aimi tak update blog ni. Berhabukkk!!! Heheheee. Last post pun masa awal-awal pregnant 2nd baby! Almaklumlah sindrom-sindrom ibu mengandung masa tu salah satu faktor blog tak berupdate! Hehehee. La ni baby pun dah nak masuk 2 tahun. InshaaAllah akan activekan semula blog ni! ♥ Ni saja bagi intro dulu tau! Hehehee! Nanti kita sambung cerita lagi ye! Aimi nak kemas habuk-habuk dekat blog ni dulu! Nampak tak indah sebab dah bertahun terbiarkan! Hikhikhikk


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Friday, June 1, 2012

Alhamdulillah :) Syukur Ya Allah!

Hi2! Maaf dah lama tak update entry. Alhamdulillah pada 18hb yang lalu, aku disahkan hamil 7 minggu! Syukur Ya Allah! ♥ Dari awal aku dah jangkakan. Cuma bila badan mula lemah, tekak mual dan loya aku pergi ke Klinik Kesihatan untuk membuat pemeriksaan. Alhamdulillah UTP positive! Dan 18hb yang lalu juga aku ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah untuk melakukan scan. Alhamdulillah. Ada satu degupan jantung yang kelihatan! ♥


Kalau ikot size scan baby dah 8 minggu. Tapi ikot due last period baru 7 minggu :) Alhamdulillah. Today baby dah 9 minggu! Semalam check up di Klinik Kesihatan Bangi untuk kedua kalinya. Doktor pun buat scan dan alhamdulillah everything ok! :) Tak lama lagi masuk ke trimester kedua. Semoga dipermudahkan segalanya! Aminnn!

Trimester pertama memang memenatkan. Aku tak mengalami morning sickness. Tapi, evening sickness! Asal petang bawak ke malam, mula laa mual dan loya. Muntah? Hhheee Little Princess tukang gosok-gosok belakang badan aku! TQ sayang! ♥ Bila malam, tidur selalu tak selesa. Kadang-kadang nak kena gosok perut baru terlena. Selalunya encik suami laa yang tukang gosok-gosok! Hahahaa ;p

Apa-apa pun, korang doakan yang terbaik untuk aku yerrr. Jauhkan baby dari segala penyakit, sempurnakan sifatnyaa. Dan permudahkan segala urusan kehamilanku sehingga keakhirnyaaa! Aminnnn! ♥


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Perkembangan fetus semasa trimester pertama - 8 minggu




Tahniah! Embrio anda sekarang bergelar fetus, yang bermakna "zuriat". Uterus anda merengang untuk memuatkan penghuni baru ini, yang sekarang berukuran sekitar 0.6 inci / 1.6 sentimeter. Banyak perubahan yang berlaku pada minggu ini - ekor embrio telah hilang dan semua organ, otot dan saraf mula berfungsi. Sekarang tangan boleh dibengkokkan di pergelangannya dan jari kaki yang berselaput dahulu beransur hilang. Kelopak mata mula menutupkan mata.

Kehamilan anda mula menukar bentuk badan anda juga. Payudara anda mungkin membesar sehingga anda memerlukan bra yang boleh menyangga dengan lebih kuat daripada bra lama. Anda akan menyedari yang ukuran pinggang anda mula bertambah sehingga anda terpaksa menyimpan jean kegemaran anda sehingga tahun depan. Jika anda banyak meminum air yang mengandungi flourida - lapan gelas atau lebih sehari - anda sudah tentu mendapat cukup flourida dan ini akan mengintegrasikan kalsium dan fosforus dengan kukuh ke dalam gigi dan tulang bayi anda yang sedang berkembang itu.


Sumber: Ratuhati.com & Baby Center


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Thursday, May 17, 2012

Perkembangan fetus semasa trimester pertama - 7 minggu




Sekarang panjang embrio dalam setengah inchi / 1.25 sentimeter, saiz sebiji anggur dan ia mempunyai jari tangan dan kaki yang jelas, namun berselaput. Ia seakan-akan biji kacang yang berlompat-lompat, memecut dan berhenti, kemudian memecut semula. Hati bayi terus mengeluarkan jumlah sel darah merah yang banyak sementara menunggu sumsum mengambil alih peranan ini.

Minggu kelapan menandakan permulaan tahap perkembangan yang amat giat. Antara minggu ini dan minggu ke-20. Bayi anda membesar dengan pantas dan bahagian tubuh badan yang terbentuk semasa minggu-minggu pertama kehidupannya (seperti jantung dan otak) mula berkembang dan menjadi lebih khusus dan rumit. Pada masa ini, gigi dan lelangit sedang membentuk, manakala telinga terus berkembang. Kulit fetus amat nipis dan saluran darah jelas ternampak.

Anda sekarang berada dalam geliang-geliut trimester pertama, dimana ramai wanita merungut tentang ketidakselesaan dan sakit-sakit. Anda mungkin tak dapat menahan muntah sebab anda sedang menghadapi mabuk hamil, sebahagian akibat daripada hormon-hormon kehamilan dalam badan anda. Anda mungkin terasa hendak kencing lebih kerap dari biasa - uterus yang berkembang menekan pundi kencing anda dan hormon juga menjejaskan imbangan cecair dalam badan anda. Semua ini akan berkurang apabila kehamilan anda berlanjutan.


Sumber: Ratuhati.com & Baby Center



Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday #5


Especially buat Guru-Guruku di Tadika Perpaduan Sungai Ramal, SK Leftenan Adnan Sungai Ramal Luar, SRA Rahmaniah Sungai Ramal Luar, SMK Jalan Bukit Kajang, SM Jalan 3 Bandar Baru Bangi & Kolej Komuniti Hulu Langat! Juga kepada semua yang bergelar Guru di seluruh Malaysia, SELAMAT HARI GURU! Jasamu dikenang! ♥



Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Monday, May 14, 2012

Crumble Class with Kak JueMell ;)

Hi2! Last Saturday aku pergi class beads secara personal dengan kak JueMell di butiknya di Seri Kembangan! Class yang bermula jam 10 pagi berakhir pada jam 5.30 petang :) Seriously, ni la class manik yang paling enjoy! Hehehee kak Jue sangat-sangat laa friendly orangnyaa! Pelbagai cerita yang kami sembangkan sepanjang class selama 7 jam setengah tuu :D Bukan setakat tips manik and tutorial. Pelbagai cerita laa! Hehehee ;)

Aku jumpa kak Jue ni thru blog. Selama ni dok tengok hasil kerja kak Jue dari blog dia :) Superb! So kebetulan last Saturday aku free dan niat untuk ke class kak Jue dah simpan lama. Aku sms kak Jue on last Thursday untuk conformkan kedatangan aku :)

Pagi Sabtu tu encik suami hantar, agak lewat. Sebab tak jumpa alamat. Hehehee! Dah call kak Jue, akhirnya jumpa Butik Juemell Collections yang terletak di Putra Walk, Seri Kembangan ;) Sampai-sampai kak Jue dah sediakan sarapan pagi. Makan roti je dah mencukupi untuk aku. Dan aku mulakan class aku hari itu :)

Ni la teknik manik atau contoh manik yang akan diajar oleh kak Jue :) Manik Crumble.


Aku mula dengan membuat teknik yang bawah sekali dahulu :) Dan inilah hasil dari jari jemariku! :D


Lepas tu jam menunjukkan hampir 1 tengahari. Kak Jue ajak lunch :) Tadi time dok sibuk buat manik yang 1st tu. Kak Jue and asisstant dia 2 orang sibuk jugak masak untuk lunch! Kak Jue masak kari Sardin, telur dadar & sayur campur! 1st time makan kari Sardin! Memang woww! Hehehee ;)

Thanks kak Jue untuk lunch yang sedap tuuu! Hehehee! Sambil makan sambil borak. Dah makan rehat kejap. Jam 2 petang sambung balik class :) Continue belajar manik yang ke 2 pulak. Yang ni sedikit senang. Maybe sebab dah tau kot! Hehehee! Cantikkan? ;)

OK last sekali aku belajar buat manik pada lace! ;) Sangat-sangat cantik! Tak sabar nak buat pada baju sendiri! Hehehee :D

Dan kak Jue juga ada bagi bonus untuk class aritu. Kak Jue ajar teknik bracelet! ;) Pun cantik. But aku tak sempat siapkan smpai abis. Dan tak sempat nak amek gambar sebab encik suami dah sampai dan mau pulang ke bengkel segera sebab ada customer menunggu! Hhheeee ;p Sebelum balik kak Jue hidangkan aku dengan menu minum petangnya, bubur jagung! Sedap! TQ kak Jue! Siap tapaukan untuk encik suami saya lagi. Hehehee :D

Sebelum balik sempat la aku bergambar dengan kak Jue dan hasil class hari tu! ;) Terselit jugak Little Princess kat sebelah kami. Hehehee :D Btw, TQ kak Jue untuk ilmu yang diajarkan. I'm very enjoy! ;)

Kalau korang nak tengok hasil manik kak Jue ataupun nak join class yang diadakan, korang boleh terus ke blog kak Jue, JueMell Manik.



Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Friday, May 11, 2012

Tips mengatasi mual & muntah (morning sickness) saat hamil.


Gejala mual dan muntah (morning sickness) adalah hal yang paling sering dialami oleh ibu yang hamil, terutama terjadi pada awal-awal kehamilan atau pada trimester pertama. Mual dan muntah ini disebabkan oleh adanya perubahan hormon yang terjadi pada ibu hamil. Selain itu, mual dan muntah terjadi apabila ibu mencium aroma makanan tertentu.

Walaupun mual dan muntah akan hilang dengan sendirinya ketika kehamilan memasuki trimester ke dua, namun mual dan muntah patut diwaspadai. Mual dan muntah dapat menyebabkan kekurangan gizi baik pada ibu hamil maupun janin yang dikandungnya. Trimester pertama merupakan masa kritis dimana janin berada dalam tahap awal pembentukan organ-organ tubuh. Jika janin mengalami kekurangan gizi tertentu, pembentukan organ yang sempurna dapat mengalami kegagalan. Selain itu, janin juga berisiko lahir dengan berat badan yang kecil.


Tips mengatasi mual & muntah:
→ Makan dalam jumlah sedikit tetapi sering. Jangan makan dalam jumlah atau porsi yang banyak hanya akan membuatkan anda bertambah mual. Berusahalah makan sewaktu anda dapat makan, dengan porsi yang kecil tetapi sering.
→ Hindari makanan yang berlemak, berminyak dan terlalu pedas.
→ Makan makanan yang tinggi karbohidrat dan protein yang dapat membantu mengatasi rasa mual anda seperti roti, kentang, biskut dan lain-lain. Perbanyakan buah dan sayuran.
→ Di pagi hari, sewaktu bangun dari tidur jangan terburu-buru bangun. Cubalah duduk dahulu dan baru perlahan-lahan berdiri dan bangun. Bila anda merasa mual ketika bangun tidur, sediakanlah snack atau biskut dekat dengan tempat tidur anda agar anda dapat memakannya sebelum anda berdiri.
→ Hindari makanan yang mengandungi aroma yang akan membuatkan anda mual dan muntah.
→ Minumlah segelas teh hangat untuk mengatasi gangguan mual dan muntah.
→ Minum yang cukup untuk menghindari dehidrasi akibat muntah. Minumlah air putih ataupun jus. Hindari minuman yang mengandungi kafein dan karbonat.
→ Perbanyakan makanan yang banyak mengandungi vitamin B6 seperti pisang, avokad, beras atau sereal.
→ Istirehat yang cukup juga dapat mengatasi rasa mual dan muntah.


Sumber: infoibu.com


Click sini untuk lain-lain Info Kehamilan :)


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...