Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 17, 2012

Perkembangan fetus semasa trimester pertama - 7 minggu




Sekarang panjang embrio dalam setengah inchi / 1.25 sentimeter, saiz sebiji anggur dan ia mempunyai jari tangan dan kaki yang jelas, namun berselaput. Ia seakan-akan biji kacang yang berlompat-lompat, memecut dan berhenti, kemudian memecut semula. Hati bayi terus mengeluarkan jumlah sel darah merah yang banyak sementara menunggu sumsum mengambil alih peranan ini.

Minggu kelapan menandakan permulaan tahap perkembangan yang amat giat. Antara minggu ini dan minggu ke-20. Bayi anda membesar dengan pantas dan bahagian tubuh badan yang terbentuk semasa minggu-minggu pertama kehidupannya (seperti jantung dan otak) mula berkembang dan menjadi lebih khusus dan rumit. Pada masa ini, gigi dan lelangit sedang membentuk, manakala telinga terus berkembang. Kulit fetus amat nipis dan saluran darah jelas ternampak.

Anda sekarang berada dalam geliang-geliut trimester pertama, dimana ramai wanita merungut tentang ketidakselesaan dan sakit-sakit. Anda mungkin tak dapat menahan muntah sebab anda sedang menghadapi mabuk hamil, sebahagian akibat daripada hormon-hormon kehamilan dalam badan anda. Anda mungkin terasa hendak kencing lebih kerap dari biasa - uterus yang berkembang menekan pundi kencing anda dan hormon juga menjejaskan imbangan cecair dalam badan anda. Semua ini akan berkurang apabila kehamilan anda berlanjutan.


Sumber: Ratuhati.com & Baby Center



Thank for reading. Do comment and LIKE :)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...