Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 4, 2012

Wedding Ceremony at Johor Bahru

Hai2! OK kita sambung cerita pasal wedding yang berlaku di JB :) Lepas beredar dari majlis Aedy kami terus ke JB. Perkara pertama yang kitorang buat apabila sampai di JB adalah check-in hotel! Hehehee ;) Mula-mula kami ke Tune Hotel Danga Bay. Full la pulakkan. Sebab tak booking dari awal. So, nasib baik dekat depan Tune Hotel tu ada 2 buah hotel lagi. Kitorang terus pergi ke Kozi Hotel. Alhamdulillah ada 2 lagi bilik kosong. So, disebabkan malas membuang masa mencari hotel-hotel lain. Dan selesa dengan lokasi di Danga Bay kitorang check-in je dekat Kozi Hotel tu! Lagipun nak tidur one night jer. Besok after wedding Nan nak gerak balik dahh ;)

Keesokan harinya selepas bersiap-siap untuk ke wedding Nan kami terus check out. Nan nikah jam 10 pagi. Tapi kitorang check-out jam 10.30 pagi. Hehehee lambat la pulakkan. Sampai jer di Kampung Majidee Baru, Nan selamat bernikah dengan isterinya dengan 2 kali lafaz. Hahaa! Congrats Nan! ;) So ni la wajah ceria Nan selepas selamat melalui frasa yang kebanyakkan lelaki nervous katanyaa. Hahahaa :D


Actually Nan ni adik kawan baik encik suami, Cik Din. Memandangkan Cik Din berada dilaut dan tak dapat balik. Encik suami sebagai kawan baik Cik Din menghadirkan diri di majlis perkahwinan adik Cik Din ;) So sweet kan? Sebab keluargan Nan & Cik Din memang mengenali encik suami dan juga aku. Dari kami bercinta lagi! Hehehehe :D

Seronok berada di majlis perkahwinan Nan ;) Keluarga pengantin perempuan sangat baik dan ramah. Dua kali laa aku makan tanpa segan silu! Hahahaa! :D




Disebabkan Nan bersanding selepas Zohor, dalam jam 2 petang macam tu. So kami decided untuk pusing-pusing disekitar JB dulu. Sementara Nan dan keluarganya duduk berehat di masjid berdekatan :)

Dengan menggunakan sistem GPS yang ada, aku mengajak encik suami dan yang lain-lain ke Laut Stulang berhampiran The Zon. Saja nak bagi Little Princess tengok laut! Hahaaa :D

Dah sampai kat laut dah tentu la turun dari kereta kan? Hehehe bergambar laa ceritanya! Hehehee!


Dan inilah jentera yang membawa kitorang kemana sajaaa! ;)

Dah puas bergambar, jom kita pusing town JB pulak! Hhheee ;) Tengah pusing-pusing jumpa building nihhh. Errkk!

Hahaa! Jangan tak percaya! JB pun ada Komtar macam Penang tauuu! ;) Hehehee!

Dah abis pusing-pusing kat JB. Jam pun hampir 2 petang. So kitorang kembali semula ke majlis perkahwinan Nan! ;) Sampai-sampai jer kompang pun dah get ready and pengantin pun dah standby nak melangkah. Hahaa! Then family Nan ajak join jalan sekali :)






OK dah sampai depan rumah pengantin perempuan ada pulak tol! Hahahaa! :D Lama jugak laaa nak bersoal jawab. Ramai jugak makcik-makcik yang mintak duit tol! Hahahaa :D Habis laa Nan! :p

Bukan takat depan rumah jer kena tol! Nak melangkah masuk kedalam rumah pun kena tol! Hahahaa! Nasib baik yang ni kurang sikit makcik-makciknyaa! Hahahahaa :D

Dah bayar tol nak masuk dalam rumah. Nan kena lagi! Kali ni bersoal jawab pulak nak tengok muka isteri sendiri! Hahahaa :D Kelakar betol laa keluarga pengantin perempuan nihh!

And finally, dapat jugak Nan "bertemu" isterinyaa! Hehehee! Punyaa laa banyak halangankann! ;p

So, bermulalah sesi bergambar di pelamin! ;) Gambar bawah ni gambar keluarga makcik Nan. Adik kepada Mak Nan :)

Yang bawah ni gambar kitorang pulak! ;)

Dah selesai sesi bergambar di pelamin. Masa untuk pengantin makan beradap pulak! :)

Sesi suap menyuap! Hahaa! Tapi Nan jer yang kena suap! ;p

Ketika acara makan beradap, hujan turun membasahi bumi :) Kitorang tunggu hampir sejam. Makan buat kali kedua kali. Baru lah hujan sedikit reda. So, kitorang decided untuk beransur pulang. Straight to KL! Hehehee ;p Actually tak straight pun. Singgah Johor Premium Outlet (JPO) sekejap. Cuci-cuci mata + survey2! Hahaaa! Yang pastinya aku akan kembali semula je JPO! ;)

Untuk Nan & isteri, Selamat Pengantin Baru! Semoga dimurahkan rezeki. Dikurniakan zuriat yang soleh & solehah. Dan kekal bahagia hingga ke syurga! ;)


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...