Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 7, 2012

Perkembangan fetus semasa trimester pertama - 5 minggu



Anda mungkin tidak kelihatan hamil pada masa ini, namun, jantung embrio yang lebih kecil dari biji kaskas, sudah mula berdenyut dan mengepam darah. Jantung mula membahagi kepada kamar-kamarnya dan dalam sedikit masa akan mendapat ritma denyutan yang baik. Panjang embrio lebih kurang suku inci / setengah sentimeter dan rupanya lebih mirip berudu daripada manusia. Ia membesar secara memecut pada minggu ini.

Organ utama seperti ginjal dan hati mula muncul. Tiub saraf yang menyambungkan otak dan korda spina, akan tutup pada minggu ini. Anggota bawah bayi mula tumbuh - ini akan menjadi tangan dan kaki bayi anda. Usus sedang berkembang dan apendiks bertempat diruangnya.

Dibawah pembukaan yang akan menjadi mulut bayi anda, lipatan-lipatan kecil muncul yang menjadi leher dan rahang bawah bayi. Seawal minggu ini, raut muka sudah mula terbentuk. Lubang hidung lebih kelihatan dan versi terawal retina mata mula timbul.


Sumber: Ratuhati.com & Baby Center



Thank for reading. Do comment and LIKE :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...