Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 1, 2012

Perkembangan fetus semasa trimester pertama - 8 minggu




Tahniah! Embrio anda sekarang bergelar fetus, yang bermakna "zuriat". Uterus anda merengang untuk memuatkan penghuni baru ini, yang sekarang berukuran sekitar 0.6 inci / 1.6 sentimeter. Banyak perubahan yang berlaku pada minggu ini - ekor embrio telah hilang dan semua organ, otot dan saraf mula berfungsi. Sekarang tangan boleh dibengkokkan di pergelangannya dan jari kaki yang berselaput dahulu beransur hilang. Kelopak mata mula menutupkan mata.

Kehamilan anda mula menukar bentuk badan anda juga. Payudara anda mungkin membesar sehingga anda memerlukan bra yang boleh menyangga dengan lebih kuat daripada bra lama. Anda akan menyedari yang ukuran pinggang anda mula bertambah sehingga anda terpaksa menyimpan jean kegemaran anda sehingga tahun depan. Jika anda banyak meminum air yang mengandungi flourida - lapan gelas atau lebih sehari - anda sudah tentu mendapat cukup flourida dan ini akan mengintegrasikan kalsium dan fosforus dengan kukuh ke dalam gigi dan tulang bayi anda yang sedang berkembang itu.


Sumber: Ratuhati.com & Baby Center


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...