Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 2, 2012

Tanda-tanda hamil

Hai2! Entry kali ni saja je aku nak berkongsi dengan semua wanita tanda-tanda hamil ;) Untuk rujukan diri sendiri pada masa akan datang. So, apabila wanita hamil ada beberapa tanda-tanda dan simptom awal seperti berikut:

  • Tidak datang haid
  • Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting menjadi sensitif
  • Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah (Morning Sickness)
  • Anda mungkin mengalami perut kembung
  • Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil
  • Anda mungkin berasa letih dan kerap mengantuk
  • Anda mungkin sering mengalami perubahan emosi
  • Anda mungkin membenci makanan

Tanda-tanda awal bagi wanita yang hamil biasanya ialah ketiadaan haid pada tarikh yang dijangkakan. Jika seseorang wanita itu mengalami kedatangan haid yang tetap dan telah terdedah kepada keadaan yang boleh mengakibatkan hamil, ketiadaan haid menunjukkan kemungkinan berlakunya kehamilan.

Tetapi wanita yang tidak mempunyai haid yang tetap, harus menunggu sekurang-kurangnya 10 hari sebelum berjumpa doktor. Kerana pada waktu ini ia tidak dapat memastikan wanita itu hamil atau tidak.

Anda sebenarnya boleh mula menguji kehamilan dengan menggunakan alat khas yang boleh didapati di farmasi sejak hari pertama anda sepatutnya didatangi haid. Alat berkenaan akan mengesan human chorionic gonadotrophin (hCG) di dalam air kencing anda.

Sekiranya hormon itu ada, bahan kimia dalam alat tersebut akan berubah warna bagi menunjukkan keputusannya positif atau negatif. Jika anda melakukan dengan betul, besar kemungkinan hasilnya adalah tepat. Namun, ada ketikanya keputusan menjadi negatif atas sebab-sebab tertentu. oleh sebab itu, lakukan ujian ini diawal pagi sebelum anda mandi kerana hasil ujian akan lebih tepat.




Thank for reading. Do comment and LIKE :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...