Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 10, 2012

Perkembangan fetus semasa trimester pertama - 6 minggu




Saiz embrio sebesar kacang dhal di minggu ini. Sekiranya anda boleh melihat ke dalam tubuh anda, anda akan mendapati bahawa kepala fetus lebih besar daripada badannya. Raut muka embrio sedang membentuk dan terdapat bintik hitam di mana matanya patut berada, juga terdapat pembukaan-pembukaan di tempat lubang hidung dan juga lubang-lubang yang menandakan telinga.

Kudup-kudup membonjol menjadi lebih kelihatan sekarang dan menjadi tangan dan kaki. Tangan dan kaki embrio seakan-akan dayung. Perkembangan lain termasuk pertumbuhan kelenjar pituitari dan gentian otot. Anda belum dapat mendengarnya, tapi jantung (yang kini terbahagi kepada kamar kanan dan kiri) berdenyut sekitar 150 denyut - per minit - dua kali ganda kadar denyutan jantung anda.

Pada pertengahan minggu ini, embrio mula membuat pergerakan-pergerakan pertamanya. Walau bagaimanapun, anda terpaksa menunggu sehingga satu masa pada trimester kedua sebelum dapat menikmati sensasi dari sesi-sesi senaman bayi anda.


Sumber: Ratuhati.com & Baby Center



Thank for reading. Do comment and LIKE :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...