Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 14, 2012

Crumble Class with Kak JueMell ;)

Hi2! Last Saturday aku pergi class beads secara personal dengan kak JueMell di butiknya di Seri Kembangan! Class yang bermula jam 10 pagi berakhir pada jam 5.30 petang :) Seriously, ni la class manik yang paling enjoy! Hehehee kak Jue sangat-sangat laa friendly orangnyaa! Pelbagai cerita yang kami sembangkan sepanjang class selama 7 jam setengah tuu :D Bukan setakat tips manik and tutorial. Pelbagai cerita laa! Hehehee ;)

Aku jumpa kak Jue ni thru blog. Selama ni dok tengok hasil kerja kak Jue dari blog dia :) Superb! So kebetulan last Saturday aku free dan niat untuk ke class kak Jue dah simpan lama. Aku sms kak Jue on last Thursday untuk conformkan kedatangan aku :)

Pagi Sabtu tu encik suami hantar, agak lewat. Sebab tak jumpa alamat. Hehehee! Dah call kak Jue, akhirnya jumpa Butik Juemell Collections yang terletak di Putra Walk, Seri Kembangan ;) Sampai-sampai kak Jue dah sediakan sarapan pagi. Makan roti je dah mencukupi untuk aku. Dan aku mulakan class aku hari itu :)

Ni la teknik manik atau contoh manik yang akan diajar oleh kak Jue :) Manik Crumble.


Aku mula dengan membuat teknik yang bawah sekali dahulu :) Dan inilah hasil dari jari jemariku! :D


Lepas tu jam menunjukkan hampir 1 tengahari. Kak Jue ajak lunch :) Tadi time dok sibuk buat manik yang 1st tu. Kak Jue and asisstant dia 2 orang sibuk jugak masak untuk lunch! Kak Jue masak kari Sardin, telur dadar & sayur campur! 1st time makan kari Sardin! Memang woww! Hehehee ;)

Thanks kak Jue untuk lunch yang sedap tuuu! Hehehee! Sambil makan sambil borak. Dah makan rehat kejap. Jam 2 petang sambung balik class :) Continue belajar manik yang ke 2 pulak. Yang ni sedikit senang. Maybe sebab dah tau kot! Hehehee! Cantikkan? ;)

OK last sekali aku belajar buat manik pada lace! ;) Sangat-sangat cantik! Tak sabar nak buat pada baju sendiri! Hehehee :D

Dan kak Jue juga ada bagi bonus untuk class aritu. Kak Jue ajar teknik bracelet! ;) Pun cantik. But aku tak sempat siapkan smpai abis. Dan tak sempat nak amek gambar sebab encik suami dah sampai dan mau pulang ke bengkel segera sebab ada customer menunggu! Hhheeee ;p Sebelum balik kak Jue hidangkan aku dengan menu minum petangnya, bubur jagung! Sedap! TQ kak Jue! Siap tapaukan untuk encik suami saya lagi. Hehehee :D

Sebelum balik sempat la aku bergambar dengan kak Jue dan hasil class hari tu! ;) Terselit jugak Little Princess kat sebelah kami. Hehehee :D Btw, TQ kak Jue untuk ilmu yang diajarkan. I'm very enjoy! ;)

Kalau korang nak tengok hasil manik kak Jue ataupun nak join class yang diadakan, korang boleh terus ke blog kak Jue, JueMell Manik.



Thank for reading. Do comment and LIKE :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...