Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 3, 2012

Kebaikan Folic Acid Untuk Ibu Mengandung

Hai2! Kali ni nak cerita pasal kebaikan Folic Acid untuk ibu mengandung! ;) Kalau korang dah ada tanda-tanda hamil. Dan UPT result positive, make sure korang pergi ke clinic untuk pemeriksaan lanjut k! Bila korang dah pergi clinic nanti mesti doctor akan bagi Folic Acid! Folid Acid ni merupakan salah satu daripada keperluan utama bagi ibu-ibu yang mengandung. Tetapi, ada diantara ibu-ibu yang mengandung mengambil mudah mengenai Folic Acid. Ada tu yang makan selang sehari, ada yang makan bila teringat dan ada pula yang tak makan langsung!


Folic Acid sebenarnya sangat penting untuk ibu-ibu yang mengandung. Folic Acid ini perlu diambil bagi membantu pertumbuhan janin/fetus/bayi seiring dengan pertumbuhannya. Folic Acid ini penting untuk perkembangan saraf, pembinaan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi semasa didalam kandungan.

Ada kajian mengatakan, dengan memakan Folic Acid dapat membantu mengurangkan risiko kecacatan pada saraf tunjang dan tempurung kepala atau dipanggil "Nueral Tube Defect" atau NTD. Menurut kajian juga, pengambilan Folic Acid dapat membantu mencegah kecacatan ini 50% ke 70% daripada ianya berlaku. Allah swt yang menentukan segala-galanya. Tetapi kita perlulah mengamalkan pencegahan dan berdoa untuk anak didalam kandungan kita :)

Folic Acid merupakan ahli kumpulan vitamin B. Antara sumber makanan yang membekalkan Folic Acid adalah seperti berikut:

Barli
Daging Lembu
Beras Perang
Keju
Ayam
Kurma
Sayuran Berdaun Hijau
Daging Kambing
Hati
Cendawan
Buah Oren
Sayuran Berubi
Ikan Salmon
Tuna
Gandum
Bijirin

Kekurangan Folic Acid boleh menyebabkan sakit disekeliling mulut, sakit lidah, tumbesaran yang lembap pada kanak-kanak & Anemia.

So, sekiranya anda adalah ibu-ibu yang mengandung make sure anda mengambil Folic Acid mengikut arahan doktor. Ianya bukan memberi kebaikan pada ibu yang mengandung, juga buat bayi yang didalam kandungan! ;)

Sumber: Google

Thank for reading. Do comment and LIKE :)

2 comments:

  1. hey!! congrats! :) jenuh la akak carik balik blog ni... akhirnya jumpa :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...