Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 10, 2012

Endless Love! ;)

Hi2! Ni laa hobi terbaru aku, menonton drama Filipina bersiri, Endless Love! Dibintangi oleh hero dan heroin Filipina yang sangat-sangat aku minati, Dingdong Naas sebagai Johnny dan Marian Rivera sebagai Jenny! Dibawah arahan Mac Alejandre, drama 38 siri ini disiarkan di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 3 petang selama satu jam! :D


Sinopsis Endless Love

Johnny dan Jenny membesar sebagai abang dan adik. Kehidupan mereka berubah secara drastik apabila Jenny mengetahui bahawa dirinya telah bertukar dengan adik kandung Johnny yang bernama Shirley sewaktu dilahirkan, mereka dipisahkan. Keluaga Johnny telah berhijrah ke luar negara dan pulang semula ke negara selepas sedekad. Johnny dan Jenny bertemu kembali tetapi Johnny sudah bertunang manakala Jenny dicintai Andrew.

Andrew seorang pemuda yang nakal dan juga pemilik hotel tertarik dengan kecantikan Jenny dan merasakan Jenny lah gadis yang sejati yang telah berjaya mengubah hidupnya menjadi lebih baik.

Namun, masalah mula timbul apabila Johnny dan Jenny tidak dapat membendung perasaan rindu dan kasih sayang antara mereka. Hubungan akrab antara Johnny dan Jenny kini bertukar menjadi cinta. Johnny serba salah kerana dia sudah mempunyai tunang dan berusaha menyembunyikan perasaan cintanya kepada Jenny. Manakala Jenny juga sudah mempunyai Andrew.

Jenny menghidapi leukemia, yang mana akhirnya semua yang memusuhi Jenny telah mula menyayanginya termasuk Shirley. Johnny dan Jenny akhirnya berkahwin. Jenny yang menderita penyakit leukemia akhirnya meninggal dunia.

Jenny sempat meninggalkan sekeping surat kepada Johnny, ibubapa angkat dan ibubapa kandungnya. Semasa pengebumian Jenny mereka membaca surat tersebut. Apakah isi kandungan surat tersebut? Saksikan Endless Love di TV3! ;)



Sumber: Google

Thank for reading. Do comment and LIKE :)

4 comments:

  1. hehe
    shark mmg dop minat ler cter2 cm gni..
    tp heroin2 filipina mmg cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaa. Btol tu Shark. Mmg cantik2 heroin diorang! ;)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...