Thursday, March 8, 2012

Update & Happy Women's Day

Salam.

Hujan pagi ni. Malas sangat nak bangun tadi. Rasa nak tarik je selimut selubung. Huhuhu tapi teringat ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Terus bangun. Dania kan sekolah :) Masak air panas utk Dania mandi. Maklum laa takde water heater shower. Hehehee sementara tu main game The Sim's kat FB dulu :) Dah siap air masak, bangunkan Dania. Berat je dia nak bangun. Terkial-kial. Hujan. Sejuk. Memang best la kalau dapat tidur kannn :)

Dah settlekan Dania dan dah anta dia pergi sekolah. Balik sambung jahit tempahan felt craft. Nak settlekan satu-satu dulu. Ada lagi beberapa tempahan felt yang belum dimulakan kerja-kerjanya. Dah lama tak update blog. Tak punya ruang untuk menaip entry. Tapi semalam mula semula mengupdate. Kebetulan ada ruang masa. Curik sikit masa untuk blog ;)

Since menjadi surirumah sepenuh masa ni. Ingatkan punya banyak ruang masa yang tak terisi. Rupanya, ada je kerja-kerja yang perlu dilakukan :) Baru la paham situasi Mama suatu ketika dulu. Walaupun tak bekerja diluar, Mama tak berhenti-henti membuat kerja-kerja rumah. Sebab tu dulu kalau main dengan adik-adik. Bersepah-sepah mainan. Mama mesti marah. Katanya, dia baru je kemas dah bersepah balik. Hehehee sekarang baru la rasakan :)

By the way, Happy Women's Day untuk semua wanita diseluruh dunia.! Nanti kita sambung update lagi. Nak sambung semula kerja-kerja rumah :)



Thank for reading. Do comment and LIKE :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...