Thursday, March 22, 2012

Holiday March 2012 - Part I

Holiday lagi? Hehehe tulaa. Hari tu bulan January baru jer pergi holiday. Tak sampai 2 bulan. Pergi lagi holiday. Hehehe tapi kali ni kawan-kawan join sekali. Ramai la sikit kan. 2 buah kereta je. Aku, encik suami, Dania and Bong satu kereta. Apek, Ela and Dyn satu kereta ;) Asalnya plan nak berjalan ni sebab encik suami nak tengok MUSC Drag kat Sungai Petani. Kebetulan ada member encik suami anta kereta kesana. Tapi last minute encik suami buat decision taknak pergi tengok drag. Sebaliknya nak pergi jalan-jalan carik makan! ;) So, malam sebelum bertolak dah siap-siap buat listing. Tempat-tempat yang best untuk makan yang akan disinggah!

Bertolak hari Sabtu jam 5.30 pagi. Encik suami ni kalau berjalan suka lewat-lewat malam atau awal-awal pagi. Tak banyak kete dan cuaca tak panas katanya. Yela lalu highway kan. Kalau panas, panas sungguh! Bertolak jam 5.30 pagi, masuk-masuk je dalam kereta, mata pun terlelap. Hhuuu. Tau-tau dah ada dekat hentian Tapah. Encik suami nak tido sekejap katanya. So, sambung tidur jugak la kann. Bila matahari dah memancarkan cahayanya, baru semua bangun. Bergilir-gilir mandi kat hentian Tapah. Actually, it's first time mandi kat hentian selama hidup. Hehehe ;)

Dah siap-siap mandi kami bergerak ke Ipoh. Nak carik tempat breakfast katanya. Kebetulan dalam listing dekat Ipoh takde pulak tempat makan yang nak disinggah. So, kami pergi ke Restoran Cili Hijau, Ipoh. Restoran tu kepunyaan makcik Ela. Time tu pun dah 11.30 pagi. Makanan tengah hari pun dah ada. Yang nak makan nasik, makan nasi la kan. But aku makan Roti Goncang. Roti bakar yang diletak telur setengah masak atasnya. Encik suami makan nasi. Dania makan roti bakar Kaya. Hehehe lain orang, lain tekak, lain seleranya kann! ;)

Bila semua dah kekenyangan, sambung perjalanan! :) Tapi kami tak keluar dari Ipoh lagi. Encik suami nak jumpa kawan lama dia, Ijat. Kawan dari zaman sekolah lagi. Dah aku bercintan cintun dengan encik suami, Ijat pun jadi kawan aku sekali ;) Kitorang deal jumpa kat station keretapi Ipoh. Dekat situ ada pejabat pos. Ijat tunggu kat situ. Ijat keje pos laju kat situ. Then bila dah sampai kat situ. Waaah happynya muka dorang! Sebab dapat jumpa. Last jumpa Ijat mau 3 tahun lepas kot. Time tu Ijat duduk dekat Bangi lagi. Dah kawin dia balik ke kampung dia sebab parents dia pun balik duduk kat kampung diorang kat Batu Gajah, Perak. Ijat ajak lepak kedai makan. So, dia bawak laa kitorang ke kedai makan. Nasib baik la kedai makan tu ada air-cond! Selesa laa nak bersembang di waktu tengah hari kann! :)



Macam-macam cerita yang diorang sembangkan. Almaklum laa 3 tahun punya cerita. Hehehe bukan cerita apa pun. Update perkembangan terkini kawan-kawan jer. Ijat pun anak dah 2 orang dah. Hehehe finally dapat jugak encik suami jumpa Ijat ;) Dah puas jumpa Ijat dan Ijat pun kena masuk semula kerja. Kitorang pun teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Kemana destinasi kami seterusnya kann? Hehehee nanti sambung semula cerita holiday ni. Nak buat kerja sikit ;)


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...