Friday, January 6, 2012

Holiday Jan 2012 - Part III

Salam all!

Part III dah kan ;) Dah selamat turun dari Cameron Highlands dan dah sampai dekat simpang nak keluar ke tol untuk ke highway terus jadi macam ni -.-

Encik Suami: Yang ada nak pergi mana2 tak?
Isteri Tersayang: Hmm entah la. Yang pun taktau. Abg nak balik ker nak jalan2?
Encik Suami: Entah la yang. Abg pun tak tau.
Isteri Tersayang: Kalau nak balik. Balik laa. Kalau nak jalan yang ikot je.

Dah sampai kat simpang nak ke tol. Sepatutnya turn right kalau nak keluar ke highway. Samada balik ke KL or naik ke arah utara. Tapi encik suami yang tak tau nak kemana tadi. Drive straight jerr. Eh! Nak kemana pulak encik suami nii!

Tetiba jerr! "Yang. Betul ke jalan ni dalam nak pergi Ipoh?" Aiikk! Tadi kata tak tau nak pergi mana. Ni tetiba jer nak menuju kearah Ipoh. Biar betul! "Err. Betul laa ni bang. Signboard tu tunjuk straight je Ipoh." Haaihh suprised apa lagi yerr encik suami nihh! ;))

Sepanjang jalan tu hati ni tertanya2 jerr. Mana encik suami nak pergi nihh. "Yang, cuba yang msg Ijat Jalil. Tanya rumah dia kat area mana?" Oouhh nak jumpa kawan dia rupanya :) Cakap lah awal2. Try call Ijat. Tak dapat. Sms pun pending. As we know Ijat duduk dekat Batu Gajah. But which area tu tak tau laa ~

Tunggu punya tunggu. Sms still pending. Call pun tak dapat. Encik suami stop dekat station minyak dekat Batu Gajah tuu. Tukar drive. Aduh. Kemana nak dituju nihh? Drive je laa ikot signboard. Straight to Ipoh! :)

Tetiba jer jumpa signboard niii!


Kellie's Castle! Waah kat sini rupanyaa! "Bang jom kita singgah sini nakk?" suka-suka jer ajak encik suami. Hehehehh :P Sebenarnya dah terlepas simpang nak masuk ke Kellie's Castle ni. Sebab encik suami bagi jawapan "Suka hati yang laa. Nak singgah jom." Tapi taknak jawapan macam tuu. Hhhuuu mengada2 kann. Sampai laa encik suami cakap mcm ni "Jom laa yang. U-turn balik. Nanti tak pergi bila lagi kita nak pergi kann!" Hahahaha gedikss! Jom jom encik suami suruh u-turn! Apa lagi? U-turn laaa! ;))

Tadaaa! Sampai pun Kellie's Castle! Actually suka sangat moment dekat tempat ni :) Sebab sepanjang berada kat sini, senyuman tak pernah lekang dari bibir ni. Hari yang sangat membahagiakan! Dan entah kenapa. Ada satu perasaan yang sangat lain dari hari2 lain! Yang pastinya perasaan tu cukup membahagiakan! Thanks abang! ♥

Gambar-gambar ni semua diambil oleh encik suami :) Yang bertiga tu kitorang guna tripod jerr. Time kat sini encik suami tersangat2 lah sporting bergambar. Hahaha! Sebab bila bagi idea nak pose macam mana, encik suami setuju! Dia ikot pose sekali! Hehehee ;))

Err abaikan gambar bawah nii. Muka tersangat laaa oily! Hhhuuuu

Ni pemandangan dari tingkat 2 Kellie's Castle :)


OK belanja pose sikit! Hahahahaa :P

Oouuch! Gayat sebenarnya time ni. Pegang je tangan Dania time tu. Sebab takde pagar or apa pun yang menghalang untuk sesiapa jatuh kebawah! Hhhuuu seramm!

OK2! Memang perangai kami berdua! Amek gambar dekat mana pun mesti ada adegan melompat! Hahahaha :D

How sweet this picture! ♥

Dania yang gediks! Tak payah ajar macam mana nak pose! Dia tau macam mana nak pose! Hehehee :P

Gambar berdua ni. Ehem ehemm. Hahahahaa :P

OK. Last amek gambar bertiga sebelum balik! Tengok laa riak2 wajah yang gumbira kami bertiga tuu! Memang happy sangat2 time ni! TQ so much encik suami! ♥


See! Dania gediks! Hahahaha :P


Apa pun sangat happy time dekat Kellie's Castle ni! Tak terungkap dengan kata-kata! Bahagia! :D Ni cerita dekat Kellie's Caste. Nanti kita sambung story part last Holiday Jan 2012 ni yerr! ;)


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...