Hai2! Last weekend aku, encik suami, Little Princess with Apeq & Ela ke Johor Bahru! ;) Tujuan utama kesana adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan kitorang, hari Sabtu majlis Aedy di Kahang, Johor & hari Ahad majlis Nan di Kampung Majiedee Baru, Johor Bahru. Bertolak Jumaat malam kami berhenti berehat di R&R Pagoh sehingga keesokkan paginya. Mandi pun kat R&R. Hahaa! Jam 10 pagi hari Sabtu kami meneruskan perjalanan kerumah Aedy di Kahang :)
Jam lebih kurang 12 tengahari kitorang selamat sampai dirumah Aedy. Sampai jer terus makan! Hehehee lagipun Aedy bersanding kul 1.30 tengahari. Lama lagi! ;p Dah selesai makan, sementara tunggu pengantin kitorang lepak-lepak sambil bergambar! Hahaa! :D
Dan akhirnya pada jam 2 petang, opss! Terlambat setengah jam laaa kann! Hahaa pengantin pun tiba! :D So sweet Aedy and her wife, Liza! ♥
OK. Bergambar dulu sebelum kitorang teruskan perjalan ke JB! ;)
Untuk Aedy & isterinya, Liza. Selamat Pengantin Baru! Semoga murah rezeki & kekal bahagia hingga ke syurga!
OK nanti sambung citer di JB! Sebab ni baru citer kat Johor kann? Hahahaa! :D
0 comments:
Post a Comment