Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 17, 2012

Perkembangan fetus semasa trimester pertama - 7 minggu




Sekarang panjang embrio dalam setengah inchi / 1.25 sentimeter, saiz sebiji anggur dan ia mempunyai jari tangan dan kaki yang jelas, namun berselaput. Ia seakan-akan biji kacang yang berlompat-lompat, memecut dan berhenti, kemudian memecut semula. Hati bayi terus mengeluarkan jumlah sel darah merah yang banyak sementara menunggu sumsum mengambil alih peranan ini.

Minggu kelapan menandakan permulaan tahap perkembangan yang amat giat. Antara minggu ini dan minggu ke-20. Bayi anda membesar dengan pantas dan bahagian tubuh badan yang terbentuk semasa minggu-minggu pertama kehidupannya (seperti jantung dan otak) mula berkembang dan menjadi lebih khusus dan rumit. Pada masa ini, gigi dan lelangit sedang membentuk, manakala telinga terus berkembang. Kulit fetus amat nipis dan saluran darah jelas ternampak.

Anda sekarang berada dalam geliang-geliut trimester pertama, dimana ramai wanita merungut tentang ketidakselesaan dan sakit-sakit. Anda mungkin tak dapat menahan muntah sebab anda sedang menghadapi mabuk hamil, sebahagian akibat daripada hormon-hormon kehamilan dalam badan anda. Anda mungkin terasa hendak kencing lebih kerap dari biasa - uterus yang berkembang menekan pundi kencing anda dan hormon juga menjejaskan imbangan cecair dalam badan anda. Semua ini akan berkurang apabila kehamilan anda berlanjutan.


Sumber: Ratuhati.com & Baby Center



Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday #5


Especially buat Guru-Guruku di Tadika Perpaduan Sungai Ramal, SK Leftenan Adnan Sungai Ramal Luar, SRA Rahmaniah Sungai Ramal Luar, SMK Jalan Bukit Kajang, SM Jalan 3 Bandar Baru Bangi & Kolej Komuniti Hulu Langat! Juga kepada semua yang bergelar Guru di seluruh Malaysia, SELAMAT HARI GURU! Jasamu dikenang! ♥



Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Monday, May 14, 2012

Crumble Class with Kak JueMell ;)

Hi2! Last Saturday aku pergi class beads secara personal dengan kak JueMell di butiknya di Seri Kembangan! Class yang bermula jam 10 pagi berakhir pada jam 5.30 petang :) Seriously, ni la class manik yang paling enjoy! Hehehee kak Jue sangat-sangat laa friendly orangnyaa! Pelbagai cerita yang kami sembangkan sepanjang class selama 7 jam setengah tuu :D Bukan setakat tips manik and tutorial. Pelbagai cerita laa! Hehehee ;)

Aku jumpa kak Jue ni thru blog. Selama ni dok tengok hasil kerja kak Jue dari blog dia :) Superb! So kebetulan last Saturday aku free dan niat untuk ke class kak Jue dah simpan lama. Aku sms kak Jue on last Thursday untuk conformkan kedatangan aku :)

Pagi Sabtu tu encik suami hantar, agak lewat. Sebab tak jumpa alamat. Hehehee! Dah call kak Jue, akhirnya jumpa Butik Juemell Collections yang terletak di Putra Walk, Seri Kembangan ;) Sampai-sampai kak Jue dah sediakan sarapan pagi. Makan roti je dah mencukupi untuk aku. Dan aku mulakan class aku hari itu :)

Ni la teknik manik atau contoh manik yang akan diajar oleh kak Jue :) Manik Crumble.


Aku mula dengan membuat teknik yang bawah sekali dahulu :) Dan inilah hasil dari jari jemariku! :D


Lepas tu jam menunjukkan hampir 1 tengahari. Kak Jue ajak lunch :) Tadi time dok sibuk buat manik yang 1st tu. Kak Jue and asisstant dia 2 orang sibuk jugak masak untuk lunch! Kak Jue masak kari Sardin, telur dadar & sayur campur! 1st time makan kari Sardin! Memang woww! Hehehee ;)

Thanks kak Jue untuk lunch yang sedap tuuu! Hehehee! Sambil makan sambil borak. Dah makan rehat kejap. Jam 2 petang sambung balik class :) Continue belajar manik yang ke 2 pulak. Yang ni sedikit senang. Maybe sebab dah tau kot! Hehehee! Cantikkan? ;)

OK last sekali aku belajar buat manik pada lace! ;) Sangat-sangat cantik! Tak sabar nak buat pada baju sendiri! Hehehee :D

Dan kak Jue juga ada bagi bonus untuk class aritu. Kak Jue ajar teknik bracelet! ;) Pun cantik. But aku tak sempat siapkan smpai abis. Dan tak sempat nak amek gambar sebab encik suami dah sampai dan mau pulang ke bengkel segera sebab ada customer menunggu! Hhheeee ;p Sebelum balik kak Jue hidangkan aku dengan menu minum petangnya, bubur jagung! Sedap! TQ kak Jue! Siap tapaukan untuk encik suami saya lagi. Hehehee :D

Sebelum balik sempat la aku bergambar dengan kak Jue dan hasil class hari tu! ;) Terselit jugak Little Princess kat sebelah kami. Hehehee :D Btw, TQ kak Jue untuk ilmu yang diajarkan. I'm very enjoy! ;)

Kalau korang nak tengok hasil manik kak Jue ataupun nak join class yang diadakan, korang boleh terus ke blog kak Jue, JueMell Manik.



Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Friday, May 11, 2012

Tips mengatasi mual & muntah (morning sickness) saat hamil.


Gejala mual dan muntah (morning sickness) adalah hal yang paling sering dialami oleh ibu yang hamil, terutama terjadi pada awal-awal kehamilan atau pada trimester pertama. Mual dan muntah ini disebabkan oleh adanya perubahan hormon yang terjadi pada ibu hamil. Selain itu, mual dan muntah terjadi apabila ibu mencium aroma makanan tertentu.

Walaupun mual dan muntah akan hilang dengan sendirinya ketika kehamilan memasuki trimester ke dua, namun mual dan muntah patut diwaspadai. Mual dan muntah dapat menyebabkan kekurangan gizi baik pada ibu hamil maupun janin yang dikandungnya. Trimester pertama merupakan masa kritis dimana janin berada dalam tahap awal pembentukan organ-organ tubuh. Jika janin mengalami kekurangan gizi tertentu, pembentukan organ yang sempurna dapat mengalami kegagalan. Selain itu, janin juga berisiko lahir dengan berat badan yang kecil.


Tips mengatasi mual & muntah:
→ Makan dalam jumlah sedikit tetapi sering. Jangan makan dalam jumlah atau porsi yang banyak hanya akan membuatkan anda bertambah mual. Berusahalah makan sewaktu anda dapat makan, dengan porsi yang kecil tetapi sering.
→ Hindari makanan yang berlemak, berminyak dan terlalu pedas.
→ Makan makanan yang tinggi karbohidrat dan protein yang dapat membantu mengatasi rasa mual anda seperti roti, kentang, biskut dan lain-lain. Perbanyakan buah dan sayuran.
→ Di pagi hari, sewaktu bangun dari tidur jangan terburu-buru bangun. Cubalah duduk dahulu dan baru perlahan-lahan berdiri dan bangun. Bila anda merasa mual ketika bangun tidur, sediakanlah snack atau biskut dekat dengan tempat tidur anda agar anda dapat memakannya sebelum anda berdiri.
→ Hindari makanan yang mengandungi aroma yang akan membuatkan anda mual dan muntah.
→ Minumlah segelas teh hangat untuk mengatasi gangguan mual dan muntah.
→ Minum yang cukup untuk menghindari dehidrasi akibat muntah. Minumlah air putih ataupun jus. Hindari minuman yang mengandungi kafein dan karbonat.
→ Perbanyakan makanan yang banyak mengandungi vitamin B6 seperti pisang, avokad, beras atau sereal.
→ Istirehat yang cukup juga dapat mengatasi rasa mual dan muntah.


Sumber: infoibu.com


Click sini untuk lain-lain Info Kehamilan :)


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Thursday, May 10, 2012

Endless Love! ;)

Hi2! Ni laa hobi terbaru aku, menonton drama Filipina bersiri, Endless Love! Dibintangi oleh hero dan heroin Filipina yang sangat-sangat aku minati, Dingdong Naas sebagai Johnny dan Marian Rivera sebagai Jenny! Dibawah arahan Mac Alejandre, drama 38 siri ini disiarkan di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 3 petang selama satu jam! :D


Sinopsis Endless Love

Johnny dan Jenny membesar sebagai abang dan adik. Kehidupan mereka berubah secara drastik apabila Jenny mengetahui bahawa dirinya telah bertukar dengan adik kandung Johnny yang bernama Shirley sewaktu dilahirkan, mereka dipisahkan. Keluaga Johnny telah berhijrah ke luar negara dan pulang semula ke negara selepas sedekad. Johnny dan Jenny bertemu kembali tetapi Johnny sudah bertunang manakala Jenny dicintai Andrew.

Andrew seorang pemuda yang nakal dan juga pemilik hotel tertarik dengan kecantikan Jenny dan merasakan Jenny lah gadis yang sejati yang telah berjaya mengubah hidupnya menjadi lebih baik.

Namun, masalah mula timbul apabila Johnny dan Jenny tidak dapat membendung perasaan rindu dan kasih sayang antara mereka. Hubungan akrab antara Johnny dan Jenny kini bertukar menjadi cinta. Johnny serba salah kerana dia sudah mempunyai tunang dan berusaha menyembunyikan perasaan cintanya kepada Jenny. Manakala Jenny juga sudah mempunyai Andrew.

Jenny menghidapi leukemia, yang mana akhirnya semua yang memusuhi Jenny telah mula menyayanginya termasuk Shirley. Johnny dan Jenny akhirnya berkahwin. Jenny yang menderita penyakit leukemia akhirnya meninggal dunia.

Jenny sempat meninggalkan sekeping surat kepada Johnny, ibubapa angkat dan ibubapa kandungnya. Semasa pengebumian Jenny mereka membaca surat tersebut. Apakah isi kandungan surat tersebut? Saksikan Endless Love di TV3! ;)



Sumber: Google

Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Perkembangan fetus semasa trimester pertama - 6 minggu




Saiz embrio sebesar kacang dhal di minggu ini. Sekiranya anda boleh melihat ke dalam tubuh anda, anda akan mendapati bahawa kepala fetus lebih besar daripada badannya. Raut muka embrio sedang membentuk dan terdapat bintik hitam di mana matanya patut berada, juga terdapat pembukaan-pembukaan di tempat lubang hidung dan juga lubang-lubang yang menandakan telinga.

Kudup-kudup membonjol menjadi lebih kelihatan sekarang dan menjadi tangan dan kaki. Tangan dan kaki embrio seakan-akan dayung. Perkembangan lain termasuk pertumbuhan kelenjar pituitari dan gentian otot. Anda belum dapat mendengarnya, tapi jantung (yang kini terbahagi kepada kamar kanan dan kiri) berdenyut sekitar 150 denyut - per minit - dua kali ganda kadar denyutan jantung anda.

Pada pertengahan minggu ini, embrio mula membuat pergerakan-pergerakan pertamanya. Walau bagaimanapun, anda terpaksa menunggu sehingga satu masa pada trimester kedua sebelum dapat menikmati sensasi dari sesi-sesi senaman bayi anda.


Sumber: Ratuhati.com & Baby Center



Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Wednesday, May 9, 2012

Poached Salmon IKEA! :D

Hai2! Last Sunday aku kan dekat Damansara bersama encik suami, Little Princess & adik-adik ipar kuuu, Nurul & Aniss! Hehee ;) Alang-alang dah ada dekat Damansara plan nak makan IKEA Meatball dah memang ada. So, selepas menghabiskan masa bersama D'Adza kami straight ke IKEA.

Dah sampai IKEA jalan-jalan dulu, kasi cuci mata plus bagi semangat dekat encik suami untuk tengok susun atur & perabot-perabot yang ada supaya lekas-lekas membeli rumah idaman! Hahahaa :D Tapi sedikit pelik, sepanjang dalam IKEA tu. Encik suami asyik tengok katil budak! Hehehee bagus-bagus! ;D

Dah habis pusing dalam IKEA tu, kami ke IKEA Restaurant & Cafe! Dengan satu tujuan, nak makan Meatball! Hahaaa ;)

Aku, Little Princess and Aniss pergi beratur beli makanan. Nurul pergi carik table. Encik suami pulak keluar sekejap dari IKEA untuk smoking. Hhhheee :D Dah sampai turn untuk order makanan, tetiba jer mulut aku cakap Poached Salmon 1 plate! Aaiikk? Bukan nak makan meatball ker? Huhuu! Actually since Saturday tu aku nak sangat makan ikan Salmon! Tu yang bila tang order tu tak pikir dah. Terus cakap jer Poached Salmon! Hahahaa :D Yang lain semua makan Meatball! Termasuk laa Little Princess! Hheee ;)

Mereka berdua ni lah adik ipar kuuu! Hehehee :D From left: Aniss & Nurul! ♥

See! Hahaa nampak agak kelaparan encik suami dalam gambar ni kannnn! Hahahaa :D

Ahaaa! This is mine! Sedap! Poached Salmon! Yuummmyy! :D

Setelah kenyang dan semua mula keletihan, kami beransur pulang ke Bangi :) Best-best! Hehehee a lots of tenkiuu to encik suami sebab belanja makan Salmon Poached tuuu! Dah tak ngidam makan Salmon dah! Hahaa ;p Apa-apa pun tenkiuu yer abang! Love u! *Mmmuuahhh!




Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...