Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 6, 2012

Rindu Mama :(

Tengah-tengah buat Apam tetiba jer rindukan Mama. Amek phone. Check credit. 62sen! Dial no tepon Mama. Mama angkat terus cakap, "Mama, call akak balik!" Hahaa :D Malas nak topup. Tak sampai seminit Mama tepon balik. OK. Borak-borak. Luah perasaan. Tanya Ayah tersayang mana. Adik-adik mana. Dengar Mama citer pulak. Hahaaa hilang dah rindu! :D Gaya macam Mama tu beribu batu jauhnyaa kannn! Padahal tak sampai 10 minit punn dah sampai umah Mama! Dah 2 hari tak jumpa and call Mama. Tu yang cenggitu jadinyaaa! ;p

Bukan anak manja tau! Ada 5 orang adik kat bawah. Tapi, Ayah dengan Mama segala-galanya! Tanpa mereka tak wujud laah orang yang bernama Aimi Syazwani :)



Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Susah-susah dahulu. Senang-senang kemudian.

Alhamdulillah rezeki dari Allah swt dihari Jumaat ni :) Bersyukur sangat! Hari ni kena siapkan 330 pcs Apam Polkadot. 200pcs tempahan dari Awin. 100pcs dari kak Aida dan 30pcs dari Dyn. Semuanya akan diambil sebelum sembahyang Jumaat. Mata dah mengantok -.- Plan nak bangun buat Apam Polkadot pukul 4.30 pagi nanti. Encik suami tengah tidur sekarang ni. Kejap lagi dia pulak bangun. Nak siapkan kereta customer. So, nanti 4.30 pagi dia laa yang kena bangunkan. Hehehe bergilir-gilir laa kita yer encik suami!

Takpe. Bersusah-susah dahulu. Bersenang-senang kemudian :) Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Diiringi doa kepada-Nya. InsyaAllah pasti ada kejayaan yang tiba kann? ;)

Nanti dah siap nak upload gambar-gambar Apam Polkadot tuu ok! Tapi kalau nak tengok yang dah ditempah oleh customer boleh click je sini -> My Apam Polkadot


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Wednesday, April 4, 2012

Khasiat Daun Pegaga :)

Hari ni makan berulamkan daun Pegaga. Masa beli barang masak pagi tadi, tetiba je tekak teringin nak makan daun Pegaga. Teringat masa berpantang dulu, hari-hari Mama sediakan daun Pegaga untuk dimakan. Makan dengan akar-akarnya sekali! ;) Kata Mama, daun Pegaga ni elok untuk mengecutkan peranakan. Lagipun dah biasa makan daun Pegaga ni. Dari zaman anak dara lagi. Mama tanam daun Pegaga ni dalam pasu bunga jer dulu :) So, hari ni nak share dengan semua tentang khasiat daun Pegaga ni.

Sumber gambar: Google

Daun Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi dan vitamin A dan C. Selain daripada enak dibuat ulam, daun Pegaga juga boleh mengubati beberapa penyakit. Antaranya ialah kencing manis, mengecutkan peranakan, mengubat gatal pada vagina, menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dan menjadi ubat kepada darah tinggi. Daun Pegaga juga dapat menjadikan wajah awet muda ;)

Ini diantara beberapa khasiat dan petua dari daun Pegaga:

Serikan Wajah
Ambil secekak daun Pegaga bersama akarnya. Rebuskan dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas sahaja air rebusan itu. Tapis dan sejukkan. Selepas itu minum air tersebut sekali sehari selepas makan malam. Amalkan minum selama 3 kali seminggu. Anda akan dapati wajah anda lebih berseri.

Mengecutkan Peranakan
Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau setiap kali selepas kedatangan haid bolehlah diamalkan makan daun Pegaga. Samada dibuat ulam atau dijadikan masakan. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.

Menghilangkan bintik-bintik hitam di muka
10 helai daun Pegaga dicuci dengan air garam. Kemudian ditumbuk halus dan dicampurkan dengan bedak sejuk dan air garam yang suam. Sapukan dimuka sebelum tidur dan cuci keesokan harinya. Amalkan setiap malam sehingga bintik-bintik hitam hilang di muka.


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Lipstick kesayangan cair! ;(


Sedihnya bila lipstick kesayangan tertinggal dalam kereta dan menjadi cair! Macam mana boleh tertinggal dalam kereta pun taktau! ;( Dah laa lipstick ni pemberian kak Rina D'Adza! Uwaaa sedihnyaaa! ;(



Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Wordless Wednesday #2


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Tuesday, April 3, 2012

Holiday March 2012 - Part Last

OK. Ni part last untuk Holiday March arituu. Ni dah masuk April pun tak habis cerita lagi! Hehehee ;p Destinasi kami seterusnya adalah Kuala Gula, Perak! Ni idea dari encik suami! Dia teringin sangat nak pergi makan Ketam Lembut di JS Restorang terapung, Kuala Gula. Asalnya aritu pergi makan Ketam Lembut dengan my family in law. Time tu encik suami demam dan sakit tekak. So apa pun dia tak rasa! Tu yang dia plan nak pergi kali ni. Sebab me asyik laa cakap, sedapnya Ketam Lembut tuu! Hehehee ;p Now, your turn encik suami! Hehehee :D

Memang rezeki encik suami! :) Time call my ayah conformkan lokasi restaurant tu, ayah suruh call dulu restaurant tu. Takot ketam dia takde. My ayah dengan mama pun pernah pergi restaurant tu. Lagipun restaurant tu dekat je dengan farm ayah kat Bukit Merah. Dalam 30 minit macam tu. Alhamdulillah. Kami tak call pun restaurant tu. Tapi dah memang rezeki encik suami. Sampai-sampai jerr ketam fresh pun sampai! Hehehee ;)

Tapi bukan ketam tu yang kami akan makan. Ketam lembut ni adalah ketam yang telah melalui proses penyalinan kulit baru. Dinamakan Ketam Lembut sebab ketam ini boleh dimakan keseluruhan badannya. Keseluruhan proses penyalinan kulit baru ketam tu dilakukan direstaurant tersebut. Proses mengenai Ketam Lembut ni pernah keluar Majalah 3 tak silap :)

Kalau nak kesini carik landmark Kuala Gula Sanctuary Resort. Restaurant ni betol-betol bersebelahan resort tersebut. Lihat sahaja pemandangan disekeliling restaurant ni. Menarik bukan? ;)

Setiap kali bot lalu, restaurant tu pasti bergerak-gerak! Hehehee seram pun ada gak! ;p Kami order Ketam Lembut Goreng Tepung, Kangkung Ikan Masin, Kailan Ikan Masin dan satu lagi makanan yang special kat sini, Ikan Sembilang Laut Masak Kari! Hehehee ;) Semua yang ada tak makan ikan Sembilang. Disebabkan ianya ikan Sembilang Laut, semua cuba makan! Hhhuuuu ;) Dan hasilnyaaa:

Tak sempat nak amek gambar menu-menu yang ada. See! Clean and clear! Hahahaa :D Ikan Sembilang Laut Masak Kari pun settle! Hehehee ;) Punya laa sedapkann! Dan encik suami pun puas hati dapat makan Ketam Lembut! Sampai semua dah habis encik suami tambah order Ketam Lembut lagi 3 ekor! Total Ketam Lembut jer 9 ekor semuanyaa! Hahahaaa :D Terbaaeekk! ;)

Memang puas hati dan sangat-sangat kenyang! So, kami pun beransur dari JS Restaurant Terapung Kuala Gula. InsyaAllah ada rezeki kami datang lagi! ;)

Destinasi kami seterusnya adalah meneruskan perjalanan pulang ke Bangi. Asalnya tu laa rancangan berikutnya. Tapi bila dah dekat dengan Bukit Merah encik suami kata nak singgah farm ayah dulu. Nak rehat-rehat and mandi katanyaa. So, dah sampai farm ayah bukannya merehat-rehatkan diri. Dorang bleh buat lawatan sekeliling farm pulak! Hahahaa :D Macam-macam dorang nihh kann! ;p

Ahaa. Nih gambar encik suami ajar Dania pulas throtle minyak motor Wak, pekerja farm. Macam-macam akal encik suami nihh tau! Me kat belakang serammm jer! Kot laa Dania pulas throtle tu kuat-kuat, mau ter willy motor Wak tu kann! Hahahaa :D

Yang Bong nih kenapa pulakk? Tau laa putus cinta kann! Jangan terjun dalam kolam dah laa yer Bong! Tak lemas punn! Cuma kesian ikan-ikan dalam tuu! Hehehee ;p

OK! Dah puas main-main kat dalam farm kitorang kedepan farm pulak! Hehehee main-main kat terusan air depan farm tuuu! ;) Konon nak berehatkan! Hahahaa ;p

And time nihh dorang boleh main baling-baling batu dalam sungai! Hahahaa actually i'm really2 happy on that time ;) Enjoy sangatt! ;)

Dan si photogewdixs nihh bergambar! Hehehee ;)

Dan senja pun menjelma. Hehehee jom masuk semuaaa! Hahaa :D Time ni me dah tertanya-tanya dah. Dorang ni taknak balik Bangi ke apa. Dari cerah sampai ke gelap. Takde tanda-tanda nak pulang punnn! ;p

Tengoklah, happynya dorangkan? :) Boleh main lompat-lompat lagi nihh!

Hari sudah malam. Masih tiada tanda-tanda mereka mau pulang ke Bangi punnn! Hehehee mandi pun tak. Boleh pulak lepak-lepak bagai. Siap Dyn nih pedajal sorang-sorang kawan suh pakai topi besar nihhh! Hahahaa :D Encik suami pun sama jer layankann! Sabar je laaa ;p

Atlast me tanya encik suami, pukul berapa nak gerak balik. Ramai-ramai jawab. Relaks-relaks dulu. Mandi-mandi. Nanti gerak laa balik. OK! Me tak kisah. Cuma Bong, Dyn dan Apeq kan keje. Ela pulak dah tentu ada class. Risau laa jugak. Sebab ari Isnin masih di Bukit Merah kannn! Me OK jer kalau dorang OK! Hehehee ;p

Dan diketika itu, Bong sorang je menunjukkan tanda-tanda mau pulang ke Bangi! :) Dah siap mandi pun Bong! Heheheee ;p

Ela dan Apeq masih lagi bermain-bermain dengan Dania! :D

Me dengan encik suami kusyuk surf internet! Time ni tengah tengok result MUSC Drag Challenge Sungai Petani ;p

Sebenarya malam tu kami tak pulang pun ke Bangi. Semuanya bermula bila Apeq demam! Kesian Apeq. Nasib baik ada Panadol. Dah makan Panadol dia pun tertidur!

Encik suami yang dah siap mandi, baring dan kemudian tidur. Diikuti yang lain-lain. Tau-tau jam menunjukkan 8.30 pagi. Hehehehee ;p Semua bangun dengan muka tak bersalah. Sorang-sorang tanya, nape tak bangunkan? Hahahaa nak bangunkan apa. Semuanya sedap jer melelapkan mata. Bong sorang jer yang tidur lewat. Dia tidur pukul 6.30 pagi. Tu pun dia tak bangunkan yang lain-lain. 6.30 pagi tu dia boleh tidurkan diri pulak. Haaa kan ari Selasa pun still dekat Bukit Merah lagi! :D Haddoiii! Sakan bercuti nihhh! ;p

Tengoklaa Dania yang happy nihh. Tripod dibuatnya mic lagi! Haddoiii! :D

Dah-dah laa bercuti! Dah hari Selasa, so nak taknak kena balik jugak OK! Bangun pagi tu terus siap-siap. Selamat tinggal Prima Eramas dan selamat tinggal Bukit Merah! :)

Kami keluar meninggalkan farm jam 11.30 pagi :) Rancangan kami hari tu adalah untuk pulang ke Bangi. Tapi, tetap ada singgah menyinggah! Hehehee ;p Keluar dari farm kami straight ke Taiping :) Me yang bagi idea nihh. Me nak pergi makan Kuey Teow Doli! Asyik dengar ayah, mama, abah dan my mom in law cerita jer kann. Apa kata bagi tekak ni rasa sendiri? Hihihihii ;)

Sampai jugak kat kedai Doli Taiping nihh! Padahal kat KL ada kan! Nak jugak yang Taiping punyaa! Hahahaa :D Dah tuuu. Asalnya dekat sini. Nak rasa yang asalnya laa kannn! ;) Lagipun orang kata kat sini owner dia yang masak! So, mesti sedapkan! Jom rasaa! :D

Me, encik suami and Apeq ordered Kuey Teow Goreng Special. Ela dan Dyn ordered Kuey Teow Goreng Biasa. Bong pulak makan Mee Kari :) Boleh tahan lama jugak laa nak tunggu makanan sampai. Dah macam-macam ragam dah kami kat restaurant tu ;)

Dan akhirnyaaa, sampai pun Kuey Teow Goreng Special Doli! Macam biasa, kalau bab makan jer takde nak amek-amek gambar. Ni pun ada satu jer gambar Kuey Teow Goreng Special Doli! ;) Sedap! Udang & kerang pun banyak! Kuey Teow pun macam double! Thumbs up! Tak rugi datang Taiping! ;)

OK dah dapat makan Kuey Teow Goreng Doli! Cuma satu jer belom dapat makan lagi! Pau Tanjung Malim! Hehehee ;) Me nihh badan jer kurus. Tapi selera makan, Subhanallah! Hehehee ;) So, kami teruskan perjalanan ke Tanjung Malim! ;) Alhamdulillah perjalanan kami lancar. Dan akhirnya kami sampai di Tanjung Malim!

Dengan bantuan Ela, kami jumpa kedai yang kami carik dengan mudahnyaa! :) Hehehee Yik Mun The Famous Tanjung Malim Pau! ;)

Interior kedai Yik Mun :)

OK! Ni laa Pau Yik Mun! Sedappp! Me order Pau Kaya, encik suami order Pau Kacang. Kitorang half-half! Memang sedap! ;)

Puas hati dapat makan Pau Yik Mun :) Lembut! Kaya dia pun sedap. Kat restaurant Yik Mun ni ada jual Kaya sahaja kalau kita nak beli. Buat makan dengan roti ker kan :) Sebab me ada order Roti Kahwin kat Yik Mun ni. Roti Kahwin tu Roti Bakar. Memang sedap lahhh! ;) Terbaekkk! :D Me siap bungkus Roti Kahwin untuk Little Princess lagi. Sebab time ni Little Princess tidur! Hehehee

Dah kenyang makan pau. Hari pun dah petang. Semua tempat yang me nak pergi dah pergi. So kami teruskan perjalanan pulang! ;) Ni laa gambar last me amek. Sebab lepas tu dah kena aircond, sedap memejamkan mata! Hahahaa ;p

Tamatlah sudah percutian kami :) Nak ucapkan sangat2 berterima kasih kepada encik suami atas percutian yang sangat menggembirakan dan membahagiakan ♥ Dan kawan-kawan yang sama-sama memeriahkan percutian kali ni, Apeq, Ela, Dyn & Bong. Tau korang semua taknak balikkan. Sebab setiap kali nampak signboard KL korang geleng-gelengkan kepala. Hahaa :D Nanti kita plan percutian yang lain pulak OK? Seperti yang telah kita war-warkan. Hehehee ;) Apa pun enjoy sangat! ;)

Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Monday, April 2, 2012

Holiday March 2012 - Part VI

Ahaaa. Tak habis lagi cerita holiday ni kann? Addoii. Mana taknyaaa. Mengikut perancangan, kami dah ada dekat Bangi hari Isnin. Ni hari Isnin still dekat Penang lagi. Ahaaa berjalan sakan namanyaaa! So, last entry me post gambar masjid tu kann? Actually, malam tu sampai je Penang dekat pukul 10pm. So, me plan nak pergi makan Nasi Kandar Beratur. Akibat kelaparan tahap maksima. Tiada gambar dirakamkan disitu. Kerana masing-masing sibuk beratur untuk makan. Hehehee :D Nasib baik laa kami cepat. So, tak ramai lagi yang beratur on that time ;)

Dah settle makan. Dah puas bergelak ketawa. Kami pun hantar Baie pulang kerumahnyaa. Malam tu kami plan nak tidur di hotel. Baie beria ajak bermalam kat rumah dia malam tuu. Tapi, segan laah! So, kami pilih Tune Hotel sebagai tempat untuk bermalam malam tuuu ;)

Keesokan harinyaa, me bangun dulu. Biasa laa orang biasa bangun pagi kannn! Tidur lewat macam mana pun mesti bangun pagi punyaa! :p Me dah siap mandi baru me bangunkan encik suami. Then encik suami bangunkan adik-adik yang lainn. Hahahahaa :D

Destinasi kami seterusnya, Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor, Pulau Pinang! :D Kami check out dari hotel pukul 10 pagi macam tu. Then terus ke Gelugor untuk breakfast! Hehehee :D Kami nak pegi makan Serabai & Roti Jala kat sana! Haa apa tu Serabai? Kami pun tak tau! Hahahaa :D

Tapi...sampai je kat sana. Kedai jual Serabai tu tutup! :( Hhhuuu sedikit kecewa! Nasib baik kedai yang jual Roti Jala tu bukak! Senyum laa balik kannn! ;)

Tak sempat nak amek gambar Roti Jala tuu. Sebab tak tunggu dah bila dapat Roti Jala tuu. Bismillahirrahmannirrahim dan terus makan. Hehehe ;) Specialnya Roti Jala tu kann. Roti Jala sebanyak 4 keping berserta kuah kari ayam dan seketul drumstick! Perrghh! Marvelous! Berbaloi dengan harganya yang hanya RM4 sahaja! Dan dengan air Teh O Suam yang hanya berharga 80sen! Me kalau duduk Penang nihh mau gemuk! Murahnya makan kat siniii! :D

Selesai bersarapan pagi, kami menyambung semula perjalanan. Dari Gelugor kami terus ke Pasar Chawrasta Penang. Nak beli asam jeruk dan buah Pala. Then dah settle membeli kami terus ke Batu Ferringhi. Takde plan pun nak mandi manda kat laut. Saje je pergi jalan-jalan. Nak habiskan jalan-jalan dalam Penang katanyaa! ;)

Sampai kat Batu Ferringhi encik suami tak mau turun. Katanya mau rehat-rehatkan mata dalam kereta. So, kami yang turun ni laa dok bersantai kat tepi laut tuu. Huhuhuu menikmati angin panas laut di tengahari! ;p

Tengok lah Little Princess ni pose macam mana. Memang gewdixs kann Dania Sofea! ;p

Dah puas mengadap laut Batu Ferringhi tuu. Kami teruskan perjalanan ke Padang Kota Lama. Nak makan Pasembor katanyaa. Hihihiii. Sepanjang perjalanan di Penang, me lah yang jadi tour guide untuk mereka-mereka semua. Cuma ada certain tempat yang me tak familiar macam Astaka Taman Tun Sardon tu jer guna GPS. Yang lain semua, petik jari jerr! Hahahaa :D

Sampai Padang Kota Lama terus pergi kedai yang jual Pasembor tu. Me datang situ nak makan kerang rebus dan sotong kangkung. Tapi tutup lagi kedai tu. So makan Pasembor jugak laa jawabnyaa ;) Me share je dengan encik suami. Encik suami memang teror makan Pasembor. Me kurang sikit. Betul-betul lapar baru dapat habiskan. Kalau tak, buat rasa kat tekak jer!

Settle and clean Pasembor tu encik suami makan! Hehehee :p

Dah kenyang makan Pasembor. Masa untuk meninggalkan Penang! :( Bye bye Penang. Jumpa lagi nanti bila ada rezeki! Kami plan keluar dari Penang thru feri. So, let's jom! On the way ke terminal feri tetiba je me nampak Star Cruises! Woww! Hahaaa :D Me ajak encik suami berhenti dekat Marina Bay untuk amek gambar ;)

Bong nak terjun kelautt! Hahahaa :D Tau laa tengah kecewa kann Bong! Hahaa :D

Dan perjalanan kami diteruskan ke Terminal Feri ;) Nasib kami baik sebab hari tu hari Isnin. So takde laa menunggu lama untuk menaiki feri. Sampai-sampai jer menunggu lebih kurang 5 minit feri sampai dan dapat naik atas feri :) Sakan kami bergambar atas feri! Sepanjang perjalanan feri nak sampai ke terminal seberang laaa! Hehehee ;)

Dan akhirnya, feri selamat tiba didestinasinya. Hehehee.

Cuma kami jer belom sampai ke destinasi kami yang berikutnyaa. Perjalanan perlu diteruskan. Ikot rancangan hari Isnin dah ada kat Bangi. Tapi, hari Isnin masih berada di Penang! Jadi, apa yang terjadi seterusnyaa? Kita cerita utk last part entry Holiday March ni nanti ehhh! ;)


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...