Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 10, 2012

Perkembangan fetus semasa trimester pertama - 6 minggu




Saiz embrio sebesar kacang dhal di minggu ini. Sekiranya anda boleh melihat ke dalam tubuh anda, anda akan mendapati bahawa kepala fetus lebih besar daripada badannya. Raut muka embrio sedang membentuk dan terdapat bintik hitam di mana matanya patut berada, juga terdapat pembukaan-pembukaan di tempat lubang hidung dan juga lubang-lubang yang menandakan telinga.

Kudup-kudup membonjol menjadi lebih kelihatan sekarang dan menjadi tangan dan kaki. Tangan dan kaki embrio seakan-akan dayung. Perkembangan lain termasuk pertumbuhan kelenjar pituitari dan gentian otot. Anda belum dapat mendengarnya, tapi jantung (yang kini terbahagi kepada kamar kanan dan kiri) berdenyut sekitar 150 denyut - per minit - dua kali ganda kadar denyutan jantung anda.

Pada pertengahan minggu ini, embrio mula membuat pergerakan-pergerakan pertamanya. Walau bagaimanapun, anda terpaksa menunggu sehingga satu masa pada trimester kedua sebelum dapat menikmati sensasi dari sesi-sesi senaman bayi anda.


Sumber: Ratuhati.com & Baby Center



Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Wednesday, May 9, 2012

Poached Salmon IKEA! :D

Hai2! Last Sunday aku kan dekat Damansara bersama encik suami, Little Princess & adik-adik ipar kuuu, Nurul & Aniss! Hehee ;) Alang-alang dah ada dekat Damansara plan nak makan IKEA Meatball dah memang ada. So, selepas menghabiskan masa bersama D'Adza kami straight ke IKEA.

Dah sampai IKEA jalan-jalan dulu, kasi cuci mata plus bagi semangat dekat encik suami untuk tengok susun atur & perabot-perabot yang ada supaya lekas-lekas membeli rumah idaman! Hahahaa :D Tapi sedikit pelik, sepanjang dalam IKEA tu. Encik suami asyik tengok katil budak! Hehehee bagus-bagus! ;D

Dah habis pusing dalam IKEA tu, kami ke IKEA Restaurant & Cafe! Dengan satu tujuan, nak makan Meatball! Hahaaa ;)

Aku, Little Princess and Aniss pergi beratur beli makanan. Nurul pergi carik table. Encik suami pulak keluar sekejap dari IKEA untuk smoking. Hhhheee :D Dah sampai turn untuk order makanan, tetiba jer mulut aku cakap Poached Salmon 1 plate! Aaiikk? Bukan nak makan meatball ker? Huhuu! Actually since Saturday tu aku nak sangat makan ikan Salmon! Tu yang bila tang order tu tak pikir dah. Terus cakap jer Poached Salmon! Hahahaa :D Yang lain semua makan Meatball! Termasuk laa Little Princess! Hheee ;)

Mereka berdua ni lah adik ipar kuuu! Hehehee :D From left: Aniss & Nurul! ♥

See! Hahaa nampak agak kelaparan encik suami dalam gambar ni kannnn! Hahahaa :D

Ahaaa! This is mine! Sedap! Poached Salmon! Yuummmyy! :D

Setelah kenyang dan semua mula keletihan, kami beransur pulang ke Bangi :) Best-best! Hehehee a lots of tenkiuu to encik suami sebab belanja makan Salmon Poached tuuu! Dah tak ngidam makan Salmon dah! Hahaa ;p Apa-apa pun tenkiuu yer abang! Love u! *Mmmuuahhh!




Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Wordless Wednesday #4


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Monday, May 7, 2012

Perkembangan fetus semasa trimester pertama - 5 minggu



Anda mungkin tidak kelihatan hamil pada masa ini, namun, jantung embrio yang lebih kecil dari biji kaskas, sudah mula berdenyut dan mengepam darah. Jantung mula membahagi kepada kamar-kamarnya dan dalam sedikit masa akan mendapat ritma denyutan yang baik. Panjang embrio lebih kurang suku inci / setengah sentimeter dan rupanya lebih mirip berudu daripada manusia. Ia membesar secara memecut pada minggu ini.

Organ utama seperti ginjal dan hati mula muncul. Tiub saraf yang menyambungkan otak dan korda spina, akan tutup pada minggu ini. Anggota bawah bayi mula tumbuh - ini akan menjadi tangan dan kaki bayi anda. Usus sedang berkembang dan apendiks bertempat diruangnya.

Dibawah pembukaan yang akan menjadi mulut bayi anda, lipatan-lipatan kecil muncul yang menjadi leher dan rahang bawah bayi. Seawal minggu ini, raut muka sudah mula terbentuk. Lubang hidung lebih kelihatan dan versi terawal retina mata mula timbul.


Sumber: Ratuhati.com & Baby Center



Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Two day's at Damansara with D'Adza!

Hai2! I'm too tired today. Sepanjang hari dekat luar. Today bengkel tak bukak. Encik suami isytihar cuti! Hahahaa! :D Bangun tidur, siap-siap, amek my sista in law, Aniss dan keluar ke Cheras amek another one my sista in law, Nurul, untuk dibawa ke Kota Damansara ;) My MIL ada catering untuk wedding dekat Cheras. Nurul ni pergi membantu my MIL. Tapi nak jugak ikot akak ipar dia ni merayau! Hahaa! :p Nasib baik dapat makan nasi minyak bagai. Kenyang! Hheeee

Dah amek Nurul terus straight ke Kota Damansara. Ikot highway DUKE! Punya laa jauh highway tuuu -.- Ikot GPS punya pasal laa nihh. Hahaa. Takpe. Encik suami drive! ;p Actually tujuan nak ke Kota Damansara sebab nak ke booth D'Adza (my favourite live band) di Red Carpet, The Strands, Kota Damansara dan ke IKEA nak makan meatball! Hahaa :D

Semalam (Sabtu) pun pergi Damansara. Singgah di booth D'Adza. Tapi sampai lewat. Pukul 5 lebih macam tuu. Dan dorang pun dah kemas-kemas! Tapi main point pergi semalam sebab nak suprise kan Nurul! Birthday dia 5 May. D'Adza dah abis contract dekat Concorde Hotel Shah Alam. So tak dapat nak celebrate dengan diorang. Apa yang mampu aku buat, just adakan D'Adza sekali on Nurul's important day! ;) Yang penting, Nurul speechless bila akak-akak tu ada ok! ;)

Kitorang lepak dekat Teh Tarik Place, The Curve! Yang ada kak Tuty, kak Rina and her cousin, kak Kina. Diorang belanja minum! Sepatutnya birthday girl je la kan. Ni abis semua diorang belanja! -.- Hadoiiii! Susah ini macam! Yang bawah ni gambar semalam! Encik suami tukang amek gambarnyaa. Little princess merajuk time ni. So dia takde dalam gambar! Hahaa! :D Anyway, Happy Belated Birthday Nurul Aznee! ♥ Birthday present dah bagikannn? Hahaa!

Dan hari ni, sampai-sampai jer kami terus beli apa yang kami nak. Takot nanti dok sembang jerr orang lain datang beli, dah nganga! Hahaa! Dah la murah-murah, memang cepat laa abisnyaa! ;)

Macam ni la situasinya dekat booth tu! Ramai orang kaaannn! ;)

Oouhh padanla ramai orang! Ada Awie dengan Fizz Fairuz dekat situ! Sempat amek gambar dengan Awie jerr. Sebab mula-mula taknak bergambar. Tetiba jer nak kannn! Hahahaa :D Time tu Fizz Fairuz dah pulang! ;)

Kami memang plan nak lepak je dekat situ sampai pukul 6 petang macam tu. Sebab kami sampai pun dah pukul 3 lebih. So lepak kat restaurant belakang booth tu jerr. Encik suami menghabiskan masa dengan melayan internet. Kami bertiga ni, sekejap berdiri, sekejap duduk! Hahaa! ;p Dania jugak happy. Today adik beradik D'Adza semua datang! Time mula-mula sampai, kak Ida ada. Then, kak Yan, abang Tengku dengan anak-anak diorang, Nadhirah & Nabila! Pastu Emie and her husband. Last sekali Edie & his girlfriend! Waaahh meriah. Mak diorang pun ada tauu! ;)

Little Princess pun sakan main dengan anak kak Yan, Nadhirah & Nabila! ;)

Kak Yan dengan Nurul :) Dok busy transfer gambar yang sebanyak 600 lebih tuu! Hahaa :D

Then, dah hampir jam 6 petang. Akak-akak D'Adza pun dah mula kemas-kemas booth diorang. Kitorang pun plan untuk beransur dari situ :) Tapi borak punya borak. Sampai akak-akak tu dah siap kemas booth dah. Hahaa! Baru laa semua nak balik kannn! Hhheeee :p Seronok sangat! ;) So, sebelum balik meh ler kita bergambar kenangan dulu! Hhhheeee :D

Actually ada banyak lagi gambar dekat booth ni :) Tapi pada photographer yang lain. Hhheee. Nanti kalau ada gambar lagi, aku uploadkan kat blog OK! ;) Apa-apa pun, sangat enjoy 2 hari bersama D'Adza sistaas! ♥ Ouuh yer, sepanjang di booth tu kami beli sehelai sorang baju yang dijual di booth D'Adza dan beberapa accessories :) Yang bawah ni aku punya. One necklace tu mommy Tuty bagi pada Little Princess! Cantikkan! ♥


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Saturday, May 5, 2012

Perkembangan fetus semasa trimester pertama - 4 minggu

Hai2! Hari ni nak share lagi info kehamilan ;) Kali ni tentang perkembangan fetus semasa trimester pertama - 4 minggu.




Terdapat bebola sel - yang kini bergelar embrio - sedang membesar dalam uterus anda dan ia telah mencapai saiz sebesar biji kuaci. Ia mempunyai tiga lapisan yang kemudiannya akan bertukar menjadi organ-organ dan tisu-tisu. Di bahagian bawah di sisi kepalanya, terdapat dua lipatan tisu yang akan menjadi telinga bayi.

Tiub saraf - dari mana otak, tulang belakang dan korda spina akan tumbuh - kini membesar di lapisan atas. Jantung dan sistem peredaran mula menjelma di lapisan tengah. Lapisan ketiga mula menempatkan paru-paru, usus dan sistem urinari yang awal. Dalam pada itu, versi awal plasenta, iaitu vilus korioni dan tali pusat, yang menghantarkan makanan dan oksigen kepada bayi anda, sudah mula berfungsi.

Jika anda belum lagi mencuba ujian kehamilan rumah, mengambilnya sekarang akan dapat mengesahkan kehamilan anda. Ada tanda-tanda yang lain yang menunjukkan yang anda itu hamil. Sesudah akan mendapat pengesahan, bolehlah anda menghubungi doktor anda dan membuat janji temu. Penjagaan antenatal yang baik dan konsisten adalah antara cara yang terbaik untuk memastikan yang anda dan bayi anda sihat sepanjang kehamilan anda.



Sumber: Ratuhati.com & Baby Center



Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Friday, May 4, 2012

Wedding Ceremony at Johor Bahru

Hai2! OK kita sambung cerita pasal wedding yang berlaku di JB :) Lepas beredar dari majlis Aedy kami terus ke JB. Perkara pertama yang kitorang buat apabila sampai di JB adalah check-in hotel! Hehehee ;) Mula-mula kami ke Tune Hotel Danga Bay. Full la pulakkan. Sebab tak booking dari awal. So, nasib baik dekat depan Tune Hotel tu ada 2 buah hotel lagi. Kitorang terus pergi ke Kozi Hotel. Alhamdulillah ada 2 lagi bilik kosong. So, disebabkan malas membuang masa mencari hotel-hotel lain. Dan selesa dengan lokasi di Danga Bay kitorang check-in je dekat Kozi Hotel tu! Lagipun nak tidur one night jer. Besok after wedding Nan nak gerak balik dahh ;)

Keesokan harinya selepas bersiap-siap untuk ke wedding Nan kami terus check out. Nan nikah jam 10 pagi. Tapi kitorang check-out jam 10.30 pagi. Hehehee lambat la pulakkan. Sampai jer di Kampung Majidee Baru, Nan selamat bernikah dengan isterinya dengan 2 kali lafaz. Hahaa! Congrats Nan! ;) So ni la wajah ceria Nan selepas selamat melalui frasa yang kebanyakkan lelaki nervous katanyaa. Hahahaa :D


Actually Nan ni adik kawan baik encik suami, Cik Din. Memandangkan Cik Din berada dilaut dan tak dapat balik. Encik suami sebagai kawan baik Cik Din menghadirkan diri di majlis perkahwinan adik Cik Din ;) So sweet kan? Sebab keluargan Nan & Cik Din memang mengenali encik suami dan juga aku. Dari kami bercinta lagi! Hehehehe :D

Seronok berada di majlis perkahwinan Nan ;) Keluarga pengantin perempuan sangat baik dan ramah. Dua kali laa aku makan tanpa segan silu! Hahahaa! :D




Disebabkan Nan bersanding selepas Zohor, dalam jam 2 petang macam tu. So kami decided untuk pusing-pusing disekitar JB dulu. Sementara Nan dan keluarganya duduk berehat di masjid berdekatan :)

Dengan menggunakan sistem GPS yang ada, aku mengajak encik suami dan yang lain-lain ke Laut Stulang berhampiran The Zon. Saja nak bagi Little Princess tengok laut! Hahaaa :D

Dah sampai kat laut dah tentu la turun dari kereta kan? Hehehe bergambar laa ceritanya! Hehehee!


Dan inilah jentera yang membawa kitorang kemana sajaaa! ;)

Dah puas bergambar, jom kita pusing town JB pulak! Hhheee ;) Tengah pusing-pusing jumpa building nihhh. Errkk!

Hahaa! Jangan tak percaya! JB pun ada Komtar macam Penang tauuu! ;) Hehehee!

Dah abis pusing-pusing kat JB. Jam pun hampir 2 petang. So kitorang kembali semula ke majlis perkahwinan Nan! ;) Sampai-sampai jer kompang pun dah get ready and pengantin pun dah standby nak melangkah. Hahaa! Then family Nan ajak join jalan sekali :)






OK dah sampai depan rumah pengantin perempuan ada pulak tol! Hahahaa! :D Lama jugak laaa nak bersoal jawab. Ramai jugak makcik-makcik yang mintak duit tol! Hahahaa :D Habis laa Nan! :p

Bukan takat depan rumah jer kena tol! Nak melangkah masuk kedalam rumah pun kena tol! Hahahaa! Nasib baik yang ni kurang sikit makcik-makciknyaa! Hahahahaa :D

Dah bayar tol nak masuk dalam rumah. Nan kena lagi! Kali ni bersoal jawab pulak nak tengok muka isteri sendiri! Hahahaa :D Kelakar betol laa keluarga pengantin perempuan nihh!

And finally, dapat jugak Nan "bertemu" isterinyaa! Hehehee! Punyaa laa banyak halangankann! ;p

So, bermulalah sesi bergambar di pelamin! ;) Gambar bawah ni gambar keluarga makcik Nan. Adik kepada Mak Nan :)

Yang bawah ni gambar kitorang pulak! ;)

Dah selesai sesi bergambar di pelamin. Masa untuk pengantin makan beradap pulak! :)

Sesi suap menyuap! Hahaa! Tapi Nan jer yang kena suap! ;p

Ketika acara makan beradap, hujan turun membasahi bumi :) Kitorang tunggu hampir sejam. Makan buat kali kedua kali. Baru lah hujan sedikit reda. So, kitorang decided untuk beransur pulang. Straight to KL! Hehehee ;p Actually tak straight pun. Singgah Johor Premium Outlet (JPO) sekejap. Cuci-cuci mata + survey2! Hahaaa! Yang pastinya aku akan kembali semula je JPO! ;)

Untuk Nan & isteri, Selamat Pengantin Baru! Semoga dimurahkan rezeki. Dikurniakan zuriat yang soleh & solehah. Dan kekal bahagia hingga ke syurga! ;)


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...