Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 14, 2012

1,200 Apam Polkadot! O.O


Satu hari setengah buat Apam Polkadot yang berjumlah 1,200 pcs. Alhamdulillah :) Rezeki dari Allah swt kann. Kali ni tempahan dibuat untuk majlis perkahwinan di Putrajaya. Thanks to Ela kerana membantu aku membuat Apam Polkadot niih. Sampai seharian tak tidur-tidur. Hehehehe kesian dia! ;)



*Nak order Apam Polkadot? Click SINI ;)


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Hilang ingatan dibelasah!

Astaghfirullahalazim! Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Terkejut mendengar berita mengenai abang ipar kawan aku, Yasier. Abang ipar Yasier dibelasah sehingga hilang ingatan seketika di Cheras pada 4.30 pagi hari Khamis lalu. Berita ni aku terima semalam ketika Yasier datang kebengkel. Kata Yasier artikel mengenai abang iparnya ada keluar di Harian Metro semalam. Kawan-kawan lain pun rupanya ada terbaca mengenai artikel tersebut di Harian Metro. So, aku google mengenai artikel itu.



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera parah di kepala dan mengalami hilang ingatan manakala rakannya cedera ringan selepas ditumbuk dengan buku lima dalam kejadian samun kereta mewah di Lebuhraya Metramac, arah Cheras berhampiran Bandar Sri Permaisuri, di sini, awal semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi itu, mangsa, Mariss Khan Mer Amanullah Khan, 32, dan Ahmad Azraf Azman, 26, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bermain badminton apabila kereta Honda Civic dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta BMW dari arah belakang di tempat kejadian.

Ahmad Azraf berkata, sejurus dilanggar, dia memberhentikan keretanya di tepi jalan sebelum keluar dari kereta bersama Mariss Khan untuk melihat kerosakan.

Menurutnya, tiga lelaki kemudian turun dari kereta BMW berkenaan, namun dia terkejut selepas mendapati dua daripada mereka bersenjatakan buku lima manakala seorang lagi membawa parang berlari ke arah kereta mereka.

“Lelaki yang membawa parang itu menyerang dengan senjatanya, namun saya sempat mengelak, tetapi saya tetap ditumbuk lelaki itu beberapa kali.

“Mariss tidak sempat mengelak kerana dua lelaki itu sudah menumbuknya bertubi-tubi dengan buku lima di muka dan kepala hingga pengsan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

SUMBER: HARIAN METRO ONLINE


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Friday, April 13, 2012

New look of NSL Garage!

NSL Garage bakal berwajah baru! :D Hehehe dari bulan lepas encik suami dah plan nak cat dinding bengkel. Semalam baru ada kesempatan untuk buat. Petang semalam pergi kedai hardware dengan encik suami, beli cat! :) Malam tadi jugak encik suami & crew-crew NSL Garage melakukan kerja-kerja mengecat! Dari pukul 8 malam. Sampai laa jam 1.30 pagi. Tengok la aksi encik suami memulakan process mengecat ;)


Dalam gambar bawah ni, Aiyou. Selaku orang kuat malam tadi. Hehehee ;)


Tadaaa! Dah siap dah satu side! Hehehee ;)


OK. Side lagi satuuu! Selapis duluu. Nanti kali kedua baru cantik jadinyaa! ;)



Siap dah both side! ;)

Ada sikit lagi dinding yang perlu dispray color biru. But, color biru dah abis! So, encik suami kata sambung besok! Hehehee malam tadi encik suami belanja crew-crew NSL Garage makan KFC! ;) Best best best! Hahaa :D

Process mengecat bersambung besok.... ;)

Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Wednesday, April 11, 2012

Mobile Internet Celcom atau U-Mobile?

Errr fening-fening. Taktau yang mana satu lebih bagus. Korang boleh tolong tak? Nak guna dekat Tab jer punnn. Untuk kegunaan encik suami online social network, download game & applications for Little Princess. Yang mana satu better eh? Celcom:

Atau U-Mobile:


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Amaran Tsunami Ditarik Balik. Alhamdulillah :)

Hari ni semua orang sibuk dengan berita gempa bumi di Acheh yang mengakibatkan amaran Tsunami dikeluarkan. Serius. Aku masih trauma dengan Tsunami. Walaupun tak mengalami sebarang kehilangan tapi aku dapat rasakan perasaan mereka-mereka yang terlibat dengan Tsunami pada tahun 2004. Subhanallah. Tadi aku terlalu sibuk update news gempa bumi untuk adik-adik & kawan baik aku yang berada di Penang dan alhamdulillah akhirnya berita ini yang diterima dari sumber yang boleh dipercayai:


BANDA ACEH: Amaran tsunami yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegarkan perairan barat Indonesia. Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan cemas petang tadi. Penduduk di kawasan bandar persisiran pantai menyelamatkan diri ke tempat tinggi dengan menaiki kereta dan menunggang motosikal.Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama.Bagaimanapun amaran tsunami masih dikekalkan di Indonesia, India, Maldives, Sri Lanka dan Kepulauan Diego Garcia.Kemusnahan besar atau ombak tsunami tidak dilaporkan setakat ini. - AP

SUMBER: BERITA HARIAN


Sumber: Facebook PDRM



Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Tuesday, April 10, 2012

Blackberry Bold or Samsung Galaxy Tab? Thanks encik suami! ♥

Hati mana yang tak gembira, bahagia. Bila orang yang tersayang memberi apa yang diinginkan! ;) Actually, i'm really unexpected! Speechless! Encik suami sekali lagi membuat kejutan! Kali ni diberinya sesuatu yang menjadi idaman hati. Tinggal belum sampai target untuk mendapatkan sendiri.

Petang itu encik suami sekadar mengajak untuk melihat-lihat. Katanya, mau survey harga. Tanpa disangka-sangka, disuruhnya membuat pilihan yang mana satu berkenan dihati. Mulanya berat hati untuk membuat keputusan. Bukan tak mau apa yang mau diberikan encik suami. Memandangkan pilihan yang diberikan mempunyai harga yang tinggi. Uiissh! Taknak laa kalau pilihan hati menjadi beban kepada encik suami nanti! ;)

Pada mulanya encik suami memberi pilihan. Antara:

Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus

Atau

Blackberry 9790 Bold 5

Tapi, encik suami telah memilih Samsung Galaxy Tab tu untuk Little Princess! Errkk! Jammed sekejap otak dengar. Little Princess guna Samsung Galaxy Tab?? Kalau harganya RM1++ ok jugak. Ni harganya RM1+++! Addoii. Biar betul encik suami nihhh? Katanya, ada banyak application belajar untuk Little Princess. Huurrmm! As i know memang encik suami pernah cakap dulu. Yang dia nak belikan Little Princess Samsung Galaxy Tab. Sebab Little Princess selalu berebut-berebut IPad dengan uncle Cu dia & selalu main Tab aunty Nurul dia. But, tak berapa nak setuju. Because the price is too expensive!

Walaupun encik suami dah decide untuk amek Samsung Galaxy Tab tu untuk Little Princess. Tetap berat untuk memilih Blackberry Bold 5 tu. So tengok-tengok yang lain. Dan berminat jugak dengan Blackberry 9780 Bold 3 :) Harga pun lebih murah dari Bold 5 tu.

Tapi, encik suami suruh buat keputusan betul-betul. Encik suami suruh survey dulu. So, call la mereka-mereka yang berkenaan :) Setelah disurvey, majoriti 90% memilih Blackberry Bold 5. Kata mereka, Blackberry Bold 5 lebih slim berbanding Blackberry Bold 3. Dan ianya boleh ditouch-screen walaupun ada keyboard! Mempunyai 1gHz processor, 786 MB RAM & 8GB memori yang telah tersedia didalam phone! Menggunakan OS7 yang lebih laju berbanding Blackberry Bold 3! ;)

Walaupun dah tau majoriti memihak kepada Blackberry Bold 5 dan ianya adalah apa yang diinginkan. Tetap susah untuk memberitahu encik suami yang mana pilihan hati! Sebab utama, harga! -.- Dah laa harga Samsung Galaxy Tab tu RM1+++ ditambah pulak dengan Blackberry Bold 5 ni? Perrghh! Blackberry Bold 5 tu lebih mahal pulak dari Samsung Galaxy Tab tu. Tidak laa teman! Hehehehee ;p Apa yang mampu dibuat adalah menerangkan kepada encik suami tentang perbezaan Blackberry Bold 5 & Bold 3. Dengan harapan encik suami membantu untuk memilih yang mana lebih baik dan yang paling penting sesuai dengan bajet encik suami! Huhuhuhuu ;p

Dan akhirnya encik suami just cakap, "Abang taktau. Nanti yang nak pakai yang. Nak yang mana? Yang pilih laa. Jangan nanti abang dah belikan yang taknak pulak." Errkk! Just jawab, "Yang pun taktau la abang. Kalau amek Bold 5 mahal. Kalau amek Bold 3 functionnya la pulakkan." Dan encik suami pulak, "So, amek je la Bold 5 tuu." Errrr. Alahaiii! Berat rasanya. Walaupun encik suami yang belikan. Tetap rasa berat walaupun bukan duit sendiri yang keluar! For me, its too expensive. Lagipun bukan jenis yang meminta-meminta. Lebih suka menggunakan duit sendiri untuk kehendak diri. Lain laa kalau keperluan kann? ;)

Finally, i've my Blackberry 9790 Bold 5 ;) Thanks encik suami! ♥ Dan jugak Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus for Little Princess! Hehehee :D Since ada Tab ni. Little Princess rajin buat homework tauu! ;p Sebab syarat utama Papa dia, siapkan homework dulu baru boleh guna Tab! Hihihihii all the best Little Princess! ;p

And for u encik suami, yang tau abang baca blog yang. Thanks tau abang! ♥ Really appreciate it! Tak terungkap dengan kata-kata. Tapi yang dah post thanks kat wall FB abang kan? ;p Bawah ni buktinyaaa! Hahahaaa ;p


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Monday, April 9, 2012

SDB March 2012 - Round 1

Actually Sepang Drag Battle ni last week, 31 Mac aritu. Lambat sikit update. Bz! Hehehee ;) Macam biasa, kalau dah ke Sepang tu namanya ikot encik suami dan crew-crew NSL Garage laa kan. Kami gerak pukul 8 malam macam tu. Sampai kat Sepang. Just me, little princess & encik suami duduk dekat Pitstop. Kawan-kawan yang lain duduk kat Grandstand. Hhhuuu bleh tahan jugak harga tiket kat Pitstop kann. Little princess tak dikira. Me & encik suami jer tiket RM100 + parking RM5. Padan laa kawan-kawan yang lain duduk kat Grandstand kann! ;p Encik suami nak ke Pitstop sebab nak jumpa kawan dia, Mat Ben dan nak tengok kereta rakan-rakan dragger dia yang main malam tuu :)

OK. Gambar atas ni la dia kawan encik suami, Mat Ben :) Satria kat belakang tu laa yang akan Mat Ben pertaruhkan. Hehehee ;p Dan yang kat bawah ni Fadhil, selaku Jokey Satria tuu :)

Kereta Satria yang Mat Ben pertaruhkan dalam category open ;)

Dah jumpa Mat Ben & Fadhil, encik suami nak jalan-jalan carik rakan-rakan dragger yang lain :) Time ni game blom start lagi. Sambil-sambil tu snap gambar kereta-kereta yang ada kat Pitstop tu kan! ;) Kereta dalam gambar bawah ni mewakili Setiawangsa Racing! Me & encik suami suka kereta Mitsubishi Evo 3 nihh. Smart + ganass kannn! :D



Perrgh! Siap ada parachute lagi kannn! :D Conform laju niihh!

Little Princess tak suka kereta yang me & encik suami suka nihh. Dia suka kereta Setiawangsa Racing jugakk. Tapi kereta yang dalam gambar bawah ni ;)

Kereta ni pun ada parachute jugak! Tapi kereta ni memang laju malam tu! Kereta yang paling laju pun malam tu! ;)

Dan antara beberapa kereta yang menyertai drag malam tu.

Kereta dari JO1 Racing ;)

Kereta-kereta bawah ni pun ganass kan! ;)

Kereta Mazda B8 ni pun laju tauuu! :)



Engine bay pun ganass-ganass kann! :D


Jalan lagi. Sampai laa jumpa kawan-kawan encik suami nihh! ;) Edy Garage, Bear, Jep, Toros dan lain-lain.

Dan ni diantara kereta-kereta K-Car yang join malam tu :) Tak banyak pun yang join. Dalam 5-6 buah macam tu laa. Tapi encik suami sempat amek 2 jer gambar. Sebab game dah start! ;)


Bagi mengelakkan berlakunya sebarang insiden buruk, kanak-kanak 12 tahun kebawah kena berada di dalam bangunan Pitstop. So, me, Little Princess & encik suami memilih untuk duduk dengan kawan-kawan yang lain di Grandstand :) Selamat! Hehehee

Malam tu machine Mat Ben & Fadhil buat hal. Screw cam pully bawah patah. So, dorang tak boleh nak main malam tu. Lepas abis drag, me, Little Princess & encik suami ke Sunway. Hantar Mat Ben & Fadhil ke Millenium Garage. Then kitorang lepak-lepak minum, makan sampai laa 4.30 pagi! Hhhhuuu ;)

Congrats to all winner! Yang kalah boleh try lagi kann! So, jumpa lagi next Sepang Drag Battle 2012 on 5th May 2012 ;)


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...