Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 1, 2012

Alhamdulillah :) Syukur Ya Allah!

Hi2! Maaf dah lama tak update entry. Alhamdulillah pada 18hb yang lalu, aku disahkan hamil 7 minggu! Syukur Ya Allah! ♥ Dari awal aku dah jangkakan. Cuma bila badan mula lemah, tekak mual dan loya aku pergi ke Klinik Kesihatan untuk membuat pemeriksaan. Alhamdulillah UTP positive! Dan 18hb yang lalu juga aku ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah untuk melakukan scan. Alhamdulillah. Ada satu degupan jantung yang kelihatan! ♥


Kalau ikot size scan baby dah 8 minggu. Tapi ikot due last period baru 7 minggu :) Alhamdulillah. Today baby dah 9 minggu! Semalam check up di Klinik Kesihatan Bangi untuk kedua kalinya. Doktor pun buat scan dan alhamdulillah everything ok! :) Tak lama lagi masuk ke trimester kedua. Semoga dipermudahkan segalanya! Aminnn!

Trimester pertama memang memenatkan. Aku tak mengalami morning sickness. Tapi, evening sickness! Asal petang bawak ke malam, mula laa mual dan loya. Muntah? Hhheee Little Princess tukang gosok-gosok belakang badan aku! TQ sayang! ♥ Bila malam, tidur selalu tak selesa. Kadang-kadang nak kena gosok perut baru terlena. Selalunya encik suami laa yang tukang gosok-gosok! Hahahaa ;p

Apa-apa pun, korang doakan yang terbaik untuk aku yerrr. Jauhkan baby dari segala penyakit, sempurnakan sifatnyaa. Dan permudahkan segala urusan kehamilanku sehingga keakhirnyaaa! Aminnnn! ♥


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Perkembangan fetus semasa trimester pertama - 8 minggu




Tahniah! Embrio anda sekarang bergelar fetus, yang bermakna "zuriat". Uterus anda merengang untuk memuatkan penghuni baru ini, yang sekarang berukuran sekitar 0.6 inci / 1.6 sentimeter. Banyak perubahan yang berlaku pada minggu ini - ekor embrio telah hilang dan semua organ, otot dan saraf mula berfungsi. Sekarang tangan boleh dibengkokkan di pergelangannya dan jari kaki yang berselaput dahulu beransur hilang. Kelopak mata mula menutupkan mata.

Kehamilan anda mula menukar bentuk badan anda juga. Payudara anda mungkin membesar sehingga anda memerlukan bra yang boleh menyangga dengan lebih kuat daripada bra lama. Anda akan menyedari yang ukuran pinggang anda mula bertambah sehingga anda terpaksa menyimpan jean kegemaran anda sehingga tahun depan. Jika anda banyak meminum air yang mengandungi flourida - lapan gelas atau lebih sehari - anda sudah tentu mendapat cukup flourida dan ini akan mengintegrasikan kalsium dan fosforus dengan kukuh ke dalam gigi dan tulang bayi anda yang sedang berkembang itu.


Sumber: Ratuhati.com & Baby Center


Thank for reading. Do comment and LIKE :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...